Haji Said Ibrahim

Haji Said Ibrahim

 

 A person wearing glasses and smiling at the cameraDescription automatically generated

Haji Said Ibrahim

Latar belakang

Allahyarham Haji Said Bin Haji Ibrahim merupakan seorang ulama Nusantara yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu fiqh khususnya di negara ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, kertas kerja dan artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil karya fiqh. Ketokohan dan keintelektualan beliau amat terserlah sehingga dilantik menjawat beberapa jawatan penting dalam institusi pentadbiran Islam. Beliau dilahirkan pada di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923. Mufti Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid.

Latar Belakang Pendidikan

Allahyarham pada awalnya mendapat pendidikan di Indonesia setelah belayar ke Jambi untuk menuntut ilmu secara rasmi di sana iaitu di Pesantren Jambi, Sumatera. Beliau telah belajar dan memilih bidang perundangan Islam yang merupakan minat beliau yang mendalam sejak kecil lagi.Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Mekah setelah beberapa tahun mendapat pendidikan di Jambi. Semasa di Mekah, pendidikan yang diterima adalah secara tidak rasmi. Ilmu-ilmu islam yang telah dipelajari adalah ilmu tafsir al-Quran, ilmu hadith dan cabangnya, ilmu fiqh dari pelbagai mazhab, usul fiqh dan kaedah-kaedahnya. 

Latar Belakang Kerjaya

Seusai tamat pendidikan Allahyarham di Indonesia, Allahyarham pulang semula ke tanah air untuk menjadi seorang guru agama di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang DiPertua PERGAS (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama ISlam Singapura) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968.

Pada 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei. Dalam tahun 1971, beliau ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan dalam tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara yang disandangnya sehingga tahun 1975. 

Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu agama lagi berpengalaman, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Sabah untuk dua penggal iaitu 1975 – 1978 dan 1985 – 1989. Antara tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 

Karya

Selain mengajar, Allahyarham juga melibatkan diri dalam bidang penulisan. Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih dari 20 buah buku agama yang membicaraan pelbagai aspek seperti fiqh, ‘aqidah dan lain-lain hal yang dihadapi oleh umat Islam. Selain tulisan berbentuk buku, beliau telah juga menghasilkan 32 kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menyumbang tidak sedikit artikel dalam majalah-majalah agama seperti al-Islam, Dakwah, Roh Islam, Sinaran al-Quran dan Tamadun. 

Sumbangan bahan kepada Perpustakaan UKM

Keluarga Allahyarham telah menyumbangan bahan bacaan sepanjang hayatnya kepada pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang pada 23 Julai 2003. Sebanyak 205 judul bahan yang disumbangkan kepada pihak perpustakaan termasuk buku dan majalah yang terdiri daripada bidang iaitu Sejarah Islam, Fiqh, dan Akidah. Sebanyak 12 buku penulisan Allahyarham turut disumbangkan di perpustakaan ini. Sehingga kini, buku sumbangan Allahyarham diletakkan di Koleksi Arkib dan Khas.

Similar Posts

  • Abdul Ghafar Ibrahim

    Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia Abdul Ghafar Ibrahim merupakan tokoh seniman yang sangat dikenali masyarakat Malaysia dan merupakan salah satu pencipta dan penyair terbaik. A.Ghafar dilahirkan di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor pada 31 Ogoas 1943. Abdul Ghafar Ibrahim merupakan anak kepada seorang pengembara iaitu Ibrahim bin Khatib Husin yang sering berulang-alik antara…

  • Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir

    Yang Berbahagia Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir atau dikenali sebagai Dr Jawiah Dakir merupakan anak jati Selangor., beliau pernah belajar di Maahad Li al-Banat, Kg Jawa, Kelang. Selepas tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang. Dr JAwiah Dakir melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat diploma dalam bidang Sarjana…

  • Harun Aminurrashid

      LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN  Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 8 hari bulan Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau juga menggunakan nama pena yang lain seperti Har, Gustam Negara, Atma Jiwa dan Si Ketuit. Sejak kecil lagi Harun amat gemar membaca dan ini akhirnya mendorong beliau untuk mengarang. Novel…

  • Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling

      Latar Belakang Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling dilahirkan pada 15 Jun 1926 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Ann Salmiah Binti Abdul Majeed dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua anak mereka berjaya melanjut pelajran hingga ke menara gading dan…

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

  • Abu Zaki Fadzil

    BACKGROUND The late Abu Zaki Fadzil or his real name was Abu Bakar Bin Haji Mohammad Fazil was born on 11 November 1926 in Jejawi, Perlis. In addition to the pen name Abu Zaki Fadzil, he also used the names Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu and Ramuna. He was a writer and a preacher. The late Abu Zaki Fadzil died at the age of 54…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *