Koleksi Am berada di Aras 4 & 5 PL2. Koleksi terdiri dari bahan-bahan bacaan am dalam bidang kejuruteraan, alam bina, teknologi dan sains maklumat.
Koleksi Rujukan berada di Aras 2 PL2 berdekatan dengan ruang bacaan pelanggan perpustakaan. Bahan ini boleh dipinjam oleh pelanggan perpustakaan.
Koleksi Tesis adalah hasil penulisan pelajar pascasiswazah UKM. Peminjaman adalah tidak dibenarkan, pelanggan cuma boleh membaca di sebelah kaunter perkhidmatan.
Bahan-bahan ini dikeluarkan dari rak terbuka dan disimpan di kompaktus Aras 3 bagi menjimatkan ruang, namun masih boleh diakses atau dipinjam oleh pelanggan melalui permohonan khas di kaunter.
Koleksi Jurnal Terkini dan Kebelakangan terletak di Aras 3 PL2. Bahan ini boleh dirujuk oleh pelanggan.
Koleksi ini terdiri daripada buku bersaiz besar yang ditempatkan di Aras 4 PL2. Buku tersebut dikategorikan sebagai buku folio apabila mencapai ketinggian 35 cm dan lebarnya 25 cm.