PERKHIDMATAN

Pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga UKM.

PINJAMAN

Semak had pinjaman, tempoh dan denda mengikut kategori keahlian anda.

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Keahlian automatik untuk semua pelajar dan kakitangan UKM.

PEMBAHARUAN

Perbaharui tempoh pinjaman bahan secara dalam talian.

PAMERAN BUKU BAHARU

Buku baharu yang diperolehi oleh PL2 disenaraikan dan boleh dirujuku dengan mengimbas kod QR disediakan

SENARAI TESIS@PL2

Menyediakan senarai tesis yang terdapat dalam Koleksi Tesis PL2. Boleh imbas QR disediakan.

KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT (KKM)

Khusus untuk pelajar Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina dan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat. Bertujuan meningkatkan kemahiran mengakses dan menggunakan bahan serta perkhidmatan perpustakaan secara berkesan.

×

Tajuk Perkhidmatan

pay per view (PPV)
door to door
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
BAHAN TIDAK DITEMUI
DRIVE THRU
CADANGAN PEMBELIAN

Pinjaman Perpustakaan

Pelajar dan Kakitangan UKM

KategoriKoleksi AmKoleksi Tanda Merah (TM)
Prasiswazah7 buah / 14 hari1 buah / 3 hari
Pascasiswazah20 buah / 40 hari1 buah / 7 hari
Ahli Akademik (termasuk Kontrak)25 buah / 60 hari1 buah / 14 hari
Ahli Akademik / Tutor / Felo10 buah / 30 hari1 buah / 14 hari
Pegawai Universiti25 buah / 60 hari1 buah / 14 hari
Kakitangan Sokongan5 buah / 14 hari1 buah / 14 hari
Keahlian Kehormat25 buah / 60 hari1 buah / 14 hari
Permata Pintar3 buah / 14 hari1 buah / 3 hari
Asasi Pintar5 buah / 14 hari1 buah / 3 hari

Ahli Luar Perpustakaan UKM

KategoriKoleksi AmKoleksi Tanda Merah (TM)
Ahli Akademik / Pelajar IPT Awam & Swasta2 buah / 14 hariTidak ditawarkan
Pelajar Luar Negara & Kakitangan Kerajaan2 buah / 14 hariTidak ditawarkan
Ahli Korporat Institusi & Orang Perseorangan2 buah / 14 hariTidak ditawarkan
Pesara UKM & Ahli Keluarga Kakitangan UKM2 buah / 14 hariTidak ditawarkan
ALUMNI UKM5 buah / 30 hariTidak ditawarkan

Denda Lewat Memulangkan Buku

  • Koleksi Am: RM0.50 sebuah buku sehari
  • Koleksi Tanda Merah: RM3.00 sebuah buku sehari
  • Koleksi Terhad: RM0.50 sebuah buku sehari

*Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)

Denda Menghilangkan Buku

  • Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU
  • Mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU
  • Membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
  • Tertakluk juga kepada denda lewat pemulangan buku (jika ada).

Mohon Sekarang

Door to Door

Perkhidmatan ini hanya untuk kakitangan, ahli akademik atau pensyarah di Kampus Bangi sahaja.

Terma Perkhidmatan

  1. Buku-buku yang dimohon terhad kepada Koleksi Am Perpustakaan Tun Seri Lanang sahaja.
  2. Buku perlu disemak dalam Sistem GEMILANG (gemilang.ukm.my) dan berstatus available.
  3. Perkhidmatan ini terhad kepada penghantaran buku sahaja bagi buku pinjaman yang dimohon.
  4. Perkhidmatan ini adalah disediakan pada waktu pejabat (hari bekerja) sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
  5. Permohonan selepas jam 4 petang akan diproses pada hari berikutnya.
  6. Permohonan buku dan penghantaran adalah melalui Sistem LibQuest: libquest.ukm.my

Emelkan sebarang pertanyaan di d2dptsl@ukm.edu.my atau hubungi 03-8921 5817

Mohon Sekarang

Pay Per View (PPV)

Perkhidmatan ini disediakan untuk memperolehi artikel jurnal daripada beberapa pengumpul data atau penerbit yang tidak dilanggan oleh perpustakaan.

Mohon Sekarang

Pakej Maklumat

Perkhidmatan Pakej Maklumat merupakan permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu bidang/tajuk daripada pelbagai sumber maklumat sama ada bercetak, media atau elektronik. Maklumat yang diperoleh adalah dalam bentuk teks penuh, abstrak atau indeks.

Perkhidmatan pencarian maklumat ini diberi secara percuma kepada ahli akademik UKM, pegawai pengurusan UKM dan juga pelajar pascasiswazah UKM.

Borang Perkhidmatan Pakej Maklumat

Pinjaman Antara Perpustakaan

  • Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir bagi mendapatkan bahan daripada perpustakaan lain kerana bahan tersebut tidak terdapat di Perpustakaan UKM.
  • Melalui perkhidmatan ini, pemohon boleh meminjam bahan asal atau memperoleh bahan salinan yang tidak terdapat di perpustakaan.
  • Permohonan boleh dibuat melalui Sistem LibQuest: libquest.ukm.my
  • Permohonan akan dihantar ke institusi dalam atau luar negara.

Caj Perkhidmatan

Percuma bagi artikel dan buku dari perpustakaan dalam negara. Bagi bahan British Library:

Ahli Akademik

ItemCaj
ArtikelPercuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun; RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya
BukuRM20.00 bagi setiap buku

Pelajar Pascasiswazah dan Prasiswazah Tahun Akhir

ItemCaj
ArtikelPercuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun; RM10.00

Keahlian Perpustakaan

Pendaftaran keahlian adalah secara automatik untuk pelajar baharu. Sila bawa Kad Matrik untuk pengesahan pendaftaran di kaunter utama.

Kursus Kemahiran Maklumat

Kursus Kemahiran Maklumat adalah program perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari.

Kursus ini diadakan secara berterusan dan kursus yang ditawarkan adalah:

  • Penerokaan Sumber Maklumat Perpustakaan
  • Mengurus Rujukan Anda: EndNote 20 (Perisian khusus untuk rujukan bibliografi)
  • Mengurus Rujukan Anda: Mendeley (Perisian khusus untuk rujukan bibliografi)
  • Penerokaan Sumber Maklumat Perpustakaan: Koleksi Islam
  • Kemahiran Maklumat Koleksi Dokumen (Grey Literature)

Kursus ditawarkan kepada semua pelajar dan kakitangan UKM. Pertanyaan dan permohonan, sila hubungi:

  • 03-89213446 / 5575 / 5818 / 4732 (Perpustakaan Tun Seri Lanang)
  • 03-89216391 (Perpustakaan Undang-undang)
  • 03-9145 5336 (Perpustakaan PPUKM)
  • 03-92897098 (Perpustakaan Dr. Abdul Latif)
Pendaftaran Kursus

Bahan Tidak Ditemui

  • Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memohon bahan asal atau salinan bahan yang tidak terdapat di perpustakaan.
  • Permohonan dibuat melalui sistem iQuest yang boleh diakses di laman web perpustakaan.
  • Permohonan boleh dihantar ke institusi dalam atau luar negara.
  • Caj perkhidmatan adalah percuma untuk artikel dan buku dari perpustakaan dalam negara.
  • Caj dikenakan untuk bahan dari British Library dan perpustakaan lain mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik, pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir.

Mohon Sekarang

Drive Thru

Perkhidmatan Drive-Thru di Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah kemudahan untuk meminjam dan memulangkan bahan perpustakaan dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu masuk ke dalam perpustakaan.

  • Perkhidmatan ini membolehkan pengguna meminjam dan memulangkan bahan perpustakaan melalui kaunter khas Drive-Thru.
  • Ia disediakan untuk semua ahli akademik, profesional, kakitangan pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan pelajar tahun akhir.

Mohon Sekarang

Cadangan Pembelian

Perpustakaan Tun Seri Lanang menyediakan perkhidmatan cadangan pembelian yang membolehkan kakitangan akademik, penyelidik, staf, dan pelajar pascasiswazah membuat permohonan pembelian bahan baharu seperti buku, media, atau tesis.

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem LibQuest di libquest.ukm.my menggunakan kelayakan masuk yang sama dengan Sistem Maklumat Pelajar (SMP) atau Sistem Maklumat Kakitangan (SMK).

Perkhidmatan ini bertujuan untuk memastikan koleksi perpustakaan sentiasa relevan dan memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan.

Panduan permohonan boleh diakses melalui menu GUIDE di laman LibQuest.

Mohon Sekarang