Latar Belakang

🧭 VISI PUSAT ISLAM UKM

Menjadi pusat keunggulan Islam ke arah melahirkan warga kampus yang komited dan cemerlang serta memiliki nilai-nilai hidup yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

🎯 MISI PUSAT ISLAM UKM

Pusat Islam berperanan menjana dan menatar ilmu melalui program akademik dan bukan akademik yang berkualiti dalam usaha membina sahsiah dan jati diri masyarakat kampus.

📜 SEJARAH PENUBUHAN PUSAT ISLAM

1979 – 1982

Pusat Islam telah ditubuhkan pada tahun 1979. Sehingga tahun 1982, Pusat Islam berada di bawah pentadbiran Pusat Universiti. Kakitangannya terdiri daripada seorang Penolong Pendaftar Agama dan dibantu empat kakitangan sokongan.

1982 – 1994

Pusat Islam dikenali sebagai Urusetia Masjid di Unit Keagamaan dan Kebajikan Hal Ehwal Pelajar di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar.

1994 – 2002

Pusat Islam dikenali sebagai Unit Keagamaan di bawah Pentadbiran Canselori. Dari tahun 1982 sehingga tahun 2002, kakitangannya terdiri daripada seorang Penolong Pendaftar Agama dan dibantu enam kakitangan sokongan.

2002 – 2019

Nama Pusat Islam telah ditempatkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Struktur organisasi diperkasa yang kini terdiri daripada seorang Pengarah, seorang Timbalan Pengarah, seorang Ketua Pentadbiran, lima (5) orang Pegawai dan dibantu sebelas (14) kakitangan sokongan.

2019 – kini

Kini, Pusat Islam UKM semakin berkembang setelah penggabungan dengan Zakat UKM. Dengan penggabungan ini dan penggambilan staf tambahan, staf Pusat Islam UKM kini terdiri daripada seorang pengarah, tiga (3) Timbalan Pengarah, seorang Ketua Pentadibran dan dua puluh tujuh (27) pegawai dan kakitangan sokongan di kedua- dua kampus Bangi dan Kuala Lumpur (HCTM).

🕌 SEJARAH PENUBUHAN MASJID UKM

MASJID UKM telah dibina di atas tapak seluas dua hektar yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Reka bentuk Masjid UKM adalah hasil ilham Encik Abdullah Bakri (bekas Pengarah Unit Pembangunan UKM), manakala menara besar setinggi 6666 sentimeter telah diilhamkan oleh Tun Syed Nasir (bekas Pro Canselor UKM).

📅
16 Mac 1979
Mula Dibina (RM 5.1j)
🔑
14 April 1982
Diserah Rasmi
🕌
16 April 1982
Mula Diimarahkan
👥
5,000 Jemaah
Kapasiti Maksimum

Bangunan Masjid ini berkeluasan 25 713.41 meter persegi (74 500 kaki persegi) dan mengandungi tiga paras. Persekitaran masjid dilengkapi dengan enam buah pondok wakaf, sebuah dapur (termasuk bilik mandi dan tandas), dua buah tempat wuduk serta menyediakan lebih kurang 300 lot tempat letak kereta.

🏢 Fasiliti Bangunan Mengikut Aras

  • Aras 1: Mempunyai sebuah dewan solat (digunakan untuk solat Jumaat), tempat wuduk (lelaki dan wanita), tandas (lelaki dan wanita), pejabat pentadbiran Pusat Islam UKM, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik rehat imam dan bilal, tiga buah bilik seminar dan sebuah bilik mandian jenazah.
  • Aras 2: Mempunyai sebuah dewan sembahyang utama (digunakan ketika solat fardhu untuk jemaah lelaki pada awal penubuhan), sebuah Kutub Khanah (Perpustakaan) dan sebuah bilik tetamu (VIP).
  • Aras 3: Mempunyai dewan solat (digunakan untuk jemaah wanita pada awal penubuhan), bilik studio dan dua tempat wuduk.
✕

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×
✕