Masjid UKM kini melancarkan Kempen Wakaf Khas Permaidani bagi menggantikan permaidani lama dengan yang baharu, demi keselesaan dan khusyuk para jemaah ketika beribadah.
Sasaran Kutipan: RM600,000 Harga 1 Lot: RM100 sahaja Jumlah Slot: 6,000 slot
Wakaf anda bukan sekadar sumbangan, bahkan ia adalah amal jariah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun selepas kita tiada. Dengan hanya RM100 untuk satu lot, anda telah menjadi sebahagian daripada usaha membangunkan syiar Islam di bumi UKM.
“Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.” (HR Muslim, no. 1631)
Untuk berwakaf, sila imbas QR Code pada poster atau layari laman Give2UKM. Hebahan ini juga boleh disebarkan kepada keluarga, sahabat dan rakan - rakan agar lebih ramai berpeluang menyumbang.
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja UKM–Graduate School of Business (UKM-GSB) atas sumbangan…
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP UKM) atas…