Sejarah Penubuhan Masjid

Image4 MASJID UKM telah dibina di atas tapak seluas dua hektar yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembinaannya dimulakan pada 16 Mac 1979 dengan kos berjumlah RM 5.1 juta. Ia telah diserahkan secara rasmi kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari Rabu 14 April 1982. Usaha pengimarahan masjid ini bermula pada hari Jumaat 16 April 1982.

 
Reka bentuk Masjid UKM adalah hasil ilham Encik Abdullah Bakri, bekas Pengarah Unit Pembangunan, UKM. Bangunan ini dikelilingi oleh enam menara dan sebuah menara besar setinggi 6666 sentimeter yang telah diilhamkan oleh Tun Syed Nasir, bekas Pro Canselor UKM.
Bangunan Masjid ini mengandungi tiga paras di mana pada awal penubuhan, paras dua digunakan ketika solat fardhu untuk jemaah lelaki manakala DSCI0946paras tiga untuk jemaah wanita. Paras satu pula digunakan untuk solat Jumaat. Bangunan Masjid ini berkeluasan 25 713.41 meter persegi (74 500) dan boleh menampung jemaah seramai 5000 orang dalam satu – satu masa.
Aras satu Masjid mempunyai sebuah dewan solat, tempat wudhu (lelaki dan wanita), tandas ( lelaki dan wanita), pejabat pentadbiran Pusat Islam UKM dan sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik rehat imam dan bilal, tiga buah bilik seminar dan sebuah bilik mandian jenazah.
Aras dua Masjid mempunyai sebuah dewan sembahyang, sebuah Kutub Khanah dan sebuah bilik tetamu (VIP).
DSCI0935Aras tiga pula mempunyai dewan solat Lelaki &wanita, bilik studio dan dua tempat wudhu.
Persekitaran masjid mempunyai enam buah pondok wakaf, sebuah dapur (termasuk bilik mandi dan tandas), dua buah
tempat wudhu serta terdapat lebih kurang 300 lot tempat letak kereta.

 

Keadaan terkini Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)