Pusat Sukan

Unit Akademik dan Penyelidikan

PENGENALAN

Unit Ko-Kurikulum, Bahagian Pembangunan Pusat Sukan telah diwujudkan pada Semester 1 2015/2016 merupakan satu unit yang bertanggungjawab terhadap penawaran Kursus Citra Sukan (C6) kepada pelajar pra-siswazah UKM, pembangunan kelab-kelab sukan pelajar & kakitangan UKM serta pengurusan program kesukarelawanan, khidmat masyarakat, dan program pembangunan insaniah kepada warga UKM.

FUNGSI

1. Perancangan dan Pengurusan Citra Sukan

a. Pengurusan penawaran Kursus Citra Sukan
b. Penyelarasan pelantikan tenaga pengajar dan penyediaan proforma

2. Penyelidikan dalam Bidang Sukan

a. Menjalankan kajian berkaitan sains sukan, kejurulatihan, kecergasan, psikologi sukan, dan pengurusan sukan untuk menyumbang kepada pembangunan ilmu.
b. Bekerjasama dengan fakulti dan pusat penyelidikan universiti serta agensi luar untuk menjalankan penyelidikan yang memberi impak kepada pembangunan sukan.
c. Menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa.

3. Pengurusan Dana Penyelidikan

a. Mengurus permohonan dan peruntukan dana untuk projek penyelidikan dan program akademik berkaitan sukan.
b. Memastikan penggunaan dana secara efektif untuk mencapai matlamat penyelidikan.

4. Penyelarasan Kolaborasi dengan Agensi Luar

a. Menjalin hubungan dengan institusi penyelidikan, badan sukan kebangsaan, dan antarabangsa untuk meningkatkan kerjasama akademik dan penyelidikan.
b. Mengurus penyertaan dalam projek penyelidikan bersama atau pertukaran pengetahuan dalam bidang sukan.

5. Pemantauan Prestasi dan Output Penyelidikan

a. Memastikan penyelidikan dan inovasi yang dijalankan mempunyai kesan positif terhadap pembangunan sukan di universiti.
b. Memantau hasil projek penyelidikan dan inovasi serta menyediakan laporan berkala untuk pihak pengurusan.