Latar Belakang

PENGENALAN

Sejarah Pusat Sukan bermula 1 November 1974 di mana seorang Pegawai Sukan, Unit Sukan secara pinjaman dari Kementerian Pendidikan ditempatkan di Jabatan Hal-Ehwal Pelajar UKM dan bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan pelajar dan kakitangan UKM. Pada tahun 1976, Unit Sukan mempunyai seorang kerani, seorang penyelenggara stor dan 5 pekerja am. Pada tahun 1981 dan 1982, UKM telah menghantar pelajar dan pegawai ke Sukan Universiti Asean yang pertama di Chiangmai dan yang kedua di Jakarta. Seterusnya pada tahun 1984, UKM telah diberi penghormatan sebagai sekretariat dan perkampungan Sukan Universiti Asean ke-3.

Pada tahun 2008, Unit Sukan telah dinaiktaraf kepada sebuah Pusat dan seterusnya pada tahun 2010 seorang Pengarah Pusat Sukan yang juga selaku pensyarah Fakulti Pendidikan UKM telah dilantik untuk merancang dan melaksana program-program sukan. Bermula dari situ, Pusat Sukan telah mengalami beberapa penstrukturan organisasi bagi bergerak seiring dengan keperluan semasa dan mula mengorak langkah sebagai sebuah Pusat yang berkembang pesat dan kini mempunyai seramai 43 orang kakitangan.

ATLET HEBAT, UKM HEBAT