Unit Fasiliti
FUNGSI
1. Pengurusan Prasarana Sukan:
a. Memastikan semua fasiliti sukan seperti padang, gimnasium, trek, dan dewan sukan berada dalam keadaan baik.
b. Menyelenggara fasiliti secara berkala untuk Memastikan keselamatan pengguna.
2. Tempahan dan Jadual Penggunaan:
a. Mengurus jadual penggunaan fasiliti sukan oleh pelajar, staf, dan pihak luar.
b. Menyediakan sistem tempahan untuk kemudahan pengguna.
3. Peningkatan dan Pembangunan Fasiliti:
a. Merancang penambahbaikan atau pembangunan fasiliti baharu untuk memenuhi keperluan semasa.
b. Berkolaborasi dengan pihak berkaitan dalam projek pembangunan fasiliti.
4. Audit dan Pemantauan:
a. Melakukan audit berkala terhadap keadaan fasiliti.
b. Memastikan pematuhan fasiliti dengan standard keselamatan dan kebersihan.
5. Pengurusan Pinjaman Peralatan:
a. Menyediakan peralatan sukan yang mencukupi untuk semua aktiviti.
b. Menguruskan dan memantau proses pinjaman peralatan oleh warga UKM
6. Pelupusan Aset dan Peralatan Lama:
a. Menyelia proses pelupusan peralatan sukan dan aset fasiliti yang rosak atau tidak lagi sesuai digunakan.
b. Memastikan pelupusan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dan undang-undang.
c. Melapor dan merekod pelupusan aset untuk tujuan audit.