Program Legasi Kriket Wanita ICC 2025
https://www.facebook.com/share/p/1E7X5HVQAe/
Pada 19 dan 20 Jun 2025, telah berlangsung Program Legasi Kriket Wanita ICC 2025 anjuran Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Persatuan Kriket Malaysia dengan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan individu yang berminat untuk menceburi bidang sukan kriket. Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan sukan wanita yang memberi fokus kepada pendedahan asas serta kemahiran teknikal dalam sukan kriket.
Sepanjang dua hari program dijalankan, peserta telah dibimbing oleh jurulatih berpengalaman dari Persatuan Kriket Malaysia iaitu Azzhar Ahmad selaku Pengurus Pembangunan, Mohd Azlan bin Suiad dan Muhammad Amir Hakim bin Ibrahim selaku Pegawai Pembangunan. Para peserta diberi peluang mempelajari teori dan praktikal sukan kriket secara menyeluruh – daripada teknik asas, peraturan permainan hinggalah kepada simulasi perlawanan sebenar.
Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada pengukuhan legasi sukan kriket wanita di UKM, selain mencungkil potensi baharu dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Pusat Sukan UKM komited untuk terus menyokong dan memperkasakan pembangunan sukan wanita selari dengan aspirasi kecemerlangan sukan universiti.