MESYUARAT PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN STADIUM
FB : https://www.facebook.com/share/p/1DH2BM5nrP/
Mesyuarat Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Penggantian Bumbung Stadium yang Usang serta Kerja-Kerja Mengecat Dinding Stadium telah berlangsung pada 27 Februari 2025. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan Pembangunan Prasarana UKM (JPP UKM) dan Syarikat Aique Enterprise selaku kontraktor yang dilantik.
Projek ini dijadualkan bermula pada 4 Mac 2025 dan dijangka siap pada 26 Jun 2025. Oleh itu, semua pihak yang bercadang untuk mengadakan sebarang program atau aktiviti di Stadium dimohon untuk segera menghubungi Unit Fasiliti bagi memastikan penyelarasan yang lancar dengan pihak kontraktor serta mengelakkan sebarang gangguan terhadap pelaksanaan kerja penyenggaraan.
Diharapkan projek ini dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada semua pengguna dengan menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai demi kelancaran projek ini.