Sesi peperiksaan Viva bagi manuskrip tesis untuk program Doktor Pakar Radiologi Sesi I/2026 telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, FPer UKM.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada enam orang calon yang telah menyempurnakan pembentangan mereka;
Dr Nuurizatilnaaim Roslan
Dr Odelia Lam Hui Hwang
Dr Tan Ying Xiu
Dr Cheah Jian Kent
Dr Abd Qayyum Abd Rahim
Dr Tan Kang Yi
Syabas kepada Dr. Cheah Jian Kent yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tesis Terbaik bagi sesi kali ini. Kejayaan ini merupakan bukti dedikasi tinggi para calon dalam memartabatkan bidang penyelidikan radiologi. Pihak jabatan mendoakan kecemerlangan berterusan buat semua bakal pakar radiologi kita!