Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Unit PACS dan 3D Lab

Pengenalan Unit

Unit PACS yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2007 adalah sejajar dengan perkembangan sistem PACS di Jabatan Perkhidmatan Radiologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Pusat Perubatan UKM (HCTM, PPUKM). PPUKM mula memperkenalkan sistem ‘film-less’ secara meluas mulai 1 Ogos 2007. Unit PACS yang diwujudkan merupakan sebuah unit yang penting semenjak penggunaan sistem ‘filemless’ dikuatkuasakan. Unit PACS ini memberikan sokongan didalam menyediakan perkhidmatan filemless 24 jam sehari. Pada 2 Januari 2019, Unit PACS Jabatan Radiologi dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur melangkah maju setapak lagi dengan memperkenalkan penggunaan Sistem RMIIS (Radiologi and Medical Image Information System), iaitu satu sistem  RIS (Radiologi Information System) yang dibangunkan sendiri di dalam komponen Sistem C-HeTS (Hospital Information System). Penggunaan Sistem RMIIS ini telah berjaya meningkatkan mutu perkhidmatan di Jabatan Radiologi dengan pengurusan pemeriksaan radiologi yang lebih cekap dan pantas. …………………………………………………………………………………………………………………………………  

Kemudahan

Unit PACS dan 3D Lab Jabatan Radiologi mempunyai kemudahan seperti berikut:
  • Sebuah Unit Filem Digitizer
  • Sebuah Unit CD Burner
  • Tiga Unit Workstation Mac Horos
  • Satu Unit Workstation Windows
mesinpacs …………………………………………………………………………………………………………………………………  

Penggunaan Sistem di Jabatan Radiologi

Sistem RMIIS (Radiologi and Medical Image Information System)
  • Merupakan sebuah Sistem Radiologi Information System (RIS) yang telah dibangunkan secara dalaman menggunakan kepakaran dari Jabatan Radiologi, HCTM PPUKM dan Pusat Teknologi Maklumat, Kampus Kuala Lumpur.
  • Berfungsi untuk menguruskan maklumat pesakit dari segi permohonan pemeriksaan radiologi, pemeriksaan dan laporan pemeriksaan radiologi.
  • Sistem ini merupakan satu komponen di dalam Sistem C-HEtS (Caring Hospital Enterprise System)
  Sistem Medweb
  • Merupakan sebuah sistem PACS (Picture Archiving and Communication System) yang berasaskan web. Di mana capaian boleh dilakukan menggunakan Internet Explorer.
  • Berfungsi untuk menguruskan imej radiologi dari segi penstoran dan pencapaian. Imej disimpan menggunakan format DICOM.
  • Sistem ini mula di gunakan sejak tahun 2007.
…………………………………………………………………………………………………………………………………  

Perkhidmatan

Waktu perkhidmatan
  • Isnin-khamis – 8.00 pagi – 5.00 petang (1.00-2.00 petang waktu rehat)
  • Jumaat – 8.00 pagi – 5.00 petang (12.15 tengahari – 2.45 petang waktu rehat)
  • Sabtu- ahad dan cuti umum- Cuti
  • Permohonan CD dan filem selepas waktu pejabat dan hari cuti hanya di terima dari Jabatan Perubatan Kecemasan.
  Unit PACS dan 3D Lab Jabatan Radiologi menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
  • Penyediaan salinan CD/ DVD/ filem dan USB pemeriksaan radiologi
  • Muat naik imej yang di digitised dari Filem/ CD/ DVD dan USB
  • Pencarian imej radiologi
  • Menyelesaikan masalah Sistem Medweb (PACS)
  • Menjadi “Domain Expert User” kepada Sistem RMIIS (Radiologi Information System).
  • Penyelenggaraan sever imej radiologi (PACS server)
  • Permohonan Rekonstruksi imej radiologi (3D Lab)
    • MPR (Axial/ Coronal/ Sagittal)
    • MIP
    • 3D bone
    • 3D vessel
    • Surface rendering
    • Image Fusion
    • Lain-lain
 

Prosedur permohonan Perkhidmatan PACS

…………………………………………………………………………………………………………………………………  

Borang Perkhidmatan Unit PACS dan 3D Lab (.pdf)

  1. Borang permohonan perkhidmatan PACS
  2. Borang permohonan 3D Lab
  3. Borang pindaan maklumat pesakit
…………………………………………………………………………………………………………………………………  

Maklumat kepada pelanggan Unit PACS dan 3D lab 

Setiap permohonan perlu menggunakan borang yang disediakan.
  • Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas di PPUKM sahaja.
  • Kadar bayaran: 1 keping CD RM30.00 / 1 keping filem RM40.00 (caj semasa ditetapkan oleh Jabatan Kewangan, HCTM, PPUKM).
  • Caj salinan CD akan dikenakan kepada semua pesakit yang dipindahkan ke hospital lain walaupun dengan arahan doktor mengikut kadar yang telah ditetapkan.
  • Bagi filem yang melebihi dari 10 keping, pegawai perubatan perlu membawa filem untuk di muat naik (digitised). Bagi proses muat naik melalui CD dan USB di dalam sistem PACS, CD/ USB dan borang yang lengkap hanya perlu dihantar ke Unit PACS tanpa pegawai perubatan. Pegawai perubatan digalakkan untuk menunggu semasa menerima perkhidmatan ini kerana media CD/ DVD/ USB perlu diambil semula pada hari serahan bagi mengelakkan dari berlaku sebarang kehilangan.
  • Bagi permohonan imej untuk kes Image Guided Suregry (IGS), pemohon pertama adalah percuma; pemohon dikehendaki menyedia/ membawa CD/ DVD/ USB drive sendiri untuk permohonan berikutnya.
  • Perkhidmatan digitised dan muat naik image melalui filem/ CD/ DVD dan USB akan disiapkan pada hari permohonan dibuat. Pemohon perlu mengambil semula media yang diserahakan pada hari permohonan dibuat. Pihak Jabatan Radiologi tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan dan sebarang kos yang terlibat untuk penyalinan semula media.
…………………………………………………………………………………………………………………………………   Unit PACS dan 3D lab boleh dihubungi di talian 03-9145 6382.