Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Unit Pengimejan Payudara

Pengenalan Unit

Unit Pengimejan Payudara telah ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1997 di Jabatan Perkhidmatan Radiologi. Unit ini bermula dengan sebuah mesin mamografi Siemens secara konvensional. Unit ini telah menerima 2 buah mesin mamogradi secara digital pada tahun 2013. Pemeriksaan mamografi yang dijalankan di Unit Mamografi Jabatan Radiologi adalah secara temujanji.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Kemudahan

Unit Pengimejan Payudara Jabatan Radiologi mempunyai kemudahan seperti berikut:

  • Sebuah Unit Mesin Mamografi Digital Hologic Lorad Selenia
  • Sebuah Unit Prone Table Biopsy Hologic
  • Sebuah Unit Mesin 3D Mamografi Ultrasound

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Perkhidmatan

Unit Pengimejan Payudara Jabatan Radiologi menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

  • Pemeriksaan Mamografi
  • Pemeriksaan Ultrasound Mamografi
  • Pemeriksaan Intervensi Mamografi

unit-banner-rad-mamo

Image mamografi

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Temujanji

  • Sila dapatkan temujanji bagi setiap pemeriksaan Mamografi yang dipohon.
  • Pesakit perlu menjalani persediaan pesakit untuk menjalani pemeriksaan Mamografi.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Persediaan pesakit pemeriksaan Pengimejan Payudara

  1. Jangan memakai bedak talkum, deodoran atau minyak wangi di kawasan dada dan ketiak pada hari pemeriksaan – ini perlu dipatuhi.
  2. Jika anda mengandung atau merasa diri anda mengandung, sila beritahu Juru X-Ray sebelum pemeriksaan dijalankan.
  3. Sila datang dengan memakai pakaian yang berasingan dan ringkas, seperti blaus dan seluar atau sarung. Ini memudahkan anda untuk menukar pakaian.
  4. Sila datang ke Jabatan Radiologi pada masa dan tarikh temujanji yang telah ditetapkan. Sebarang masalah sila hubungi Unit Pengimejan Payudara di talian 03-91455626.

Perhatian

  1. Pemeriksaan ini mengambil masa setengah jam atau lebih.
  2. Sila bawa bersama filem mamografi terdahulu (jika ada), borang permohonan pemeriksaan mamografi dan surat jaminan majikan (bagi yang berkenaan).
  3. Bayaran perkhidmatan atau status percuma hendaklah dijelaskan di Kaunter Jabatan Radiologi sebelum pemeriksaan dijalankan.
  4. Sila hadir temujanji sekurang-kurangnya 15 minit dari masa temujanji yang telah ditetapkan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Unit Pengimejan Payudara boleh dihubungi di talian 03-9145 5626.