Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Intervensi

Pengenalan Unit

Pusat Intervensi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) beroperasi semenjak Julai 1997-di bawah nama Unit Angiografi. Pada Mac 2008 – hasil gabungan idea Prof. Madya Dr. Zahiah, Prof. Madya Dr. Ahmad Sobri dan En. Hishamuddin, bermulalah tetubuhnya Unit EIR. Pada tahun 2011, di rancang ditubuhkan sebagai satu Pusat Kecemerlangan. Unit terletak di aras bawah blok klinikal, Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM. Berperanan untuk memberi perkhidmatan radiologi intervensi dan teraputik yang bernilai diagnostik di samping mengamalkan perlindungan radiasi berdasarkan Prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) kepada kakitangan dan pelanggan. Kaedah rawatan INTERVENSI adalah cara rawatan perubatan terkini yang lebih baik berbanding kaedah rawatan konvensional, kaedah rawatan ini hanya memerlukan bedahan kecil “minimally invasive procedure”. Kaedah rawatan INTERVENSI TIDAK memerlukan prosedur pembedahan, atau penggunaan ubatan chemotherapy yang banyak. Kaedah ini diterima pakai secara meluas dan akan mendapat tempat utama di masa akan datang. Unit ini juga menyediakan kaedah alternatif kepada pesakit untuk menjalani pelbagai kaedah rawatan alternatif selain pembedahan. …………………………………………………………………………………………………………………………………  

Visi

Menjadi peneraju Pusat Kecemerlangan perkhidmatan dalam bidang rawatan perubatan berpandukan imej x-ray (Image Guided Interventions) di Malaysia dan rantau Asia Pasifik. (Kaedah rawatan berpandukan imej x-ray juga dikenali sebagai rawatan INTERVENSI).  

Misi

  • Memberi perkhidmatan radiologi intervensi yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisien dan kos efektif.
  • Membudayakan pembelajaran perubatan berterusan termasuk latihan dan penyelidikan dalam bidang intervensi.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan dan diagnosis berpandukan kaedah rawatan berpandukan imej x-ray.
 

Moto

Teknologi terkini, dan perkhidmatan berkualiti.  

Objektif 

  • Membentuk sebuah pusat kecemerlangan dan rujukan dalam memberi rawatan terapeutik dan diagnosis menggunakan teknik “image guided”, di Malaysia dan rantau Asia Pasifik.
  • Menyediakan pusat yang mempunyai kepakaran menyeluruh termasuk pakar vascular, ortopedik, saraf, bius dan lain-lain dalam memberikan rawatan dan diagnosis menggunakan teknik “image guided”.
  • Mengendalikan latihan di peringkat zamalah, diploma dan sijil dalam rawatan dan diagnosis menggunakan teknik “image guided”.
  • Menjadi Pusat Penyelidikan di dalam rawatan dan diagnosis menggunakan teknik “image guided”.
  • Menyediakan perkhidmatan Pakarunding berkaitan rawatan dan diagnosis menggunakan teknik “image guided”.
…………………………………………………………………………………………………………………………………  

Kemudahan

Unit INTERVENSI Jabatan Radiologi mempunyai kemudahan seperti berikut: 1. 1 Unit : Suite Angiografi Hybrid – Di mana persekitaran unit ini telah dikhaskan untuk digunakan seperti Dewan Bedah. 2. 1 Unit: Suite Angiografi Dwi Plana – Di mana mesin ini dilengkapkan dengan bantuan alat panduan pengimejan terkini yang mempunyai kecanggihan berikut:
  • XperCT
  • Dynamic 3D roadmap
  • XperGuide provide Live 3D guidance.
  • VasoCT
  • 2D Perfusion
unit-banner-suite-angio …………………………………………………………………………………………………………………………………  

Prosedur yang dijalankan

Unit INTERVENSI Jabatan Radiologi menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
  • Rawatan Neuro head, neck dan spine (24 jenis pemeriksaan)
  • Rawatan Peripheral 10 jenis pemeriksaan)
  • Rawatan Hepatobiliari (19 jenis pemeriksaan)
  • Rawatan Genitourinari 14 jenis pemeriksaan)
  • Rawatan Peripheral angioplasti (13 jenis pemeriksaan)
  • Rawatan Peripheral embolisation (7 jenis pemeriksaan)
  • Rawatan Thorax (9 jenis pemeriksaan)
  • Rawatan Spine & Musculoskeleteal (31 jenis pemeriksaan)
…………………………………………………………………………………………………………………………………  

Maklumat kepada pelanggan Unit INTERVENSI

  • Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Setiap pemeriksaan dan prosedur intervensi radiologi perlu mendapatkan temujanji untuk dijalankan.
 

Persediaan Pesakit

  1. Pesakit hendaklah dimasukkan ke dalam wad PPUKM sehari sebelum tarikh pemeriksaan. Sila maklumkan Unit EIR di talian 03-91456528 dengan segera mengenai kedatangan pesakit.
  2. Pastikan ujian darah berikut dilakukan sebelum pesakit menjalani pemeriksaan angiografi. Sila sertakan keputusan ujian bersama-sama fail rekod pesakit. Jika ada keabnormalan pada keputusan ujian, sila maklumkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit Angiografi.
    • Full Blood Count (FBC).
    • Renal Profile (RP).
    • PT, APTT, INR.
  3. Sekiranya status HIV atau Hepatitis pesakit diketahui, sila maklumkan kepada Unit EIR mengikut prosedur yang sewajarnya.
  4. Cukur kawasan pubik / groin / aksilari (bagi yang berkenaan) dengan rapi.
  5. Pesakit atau keluarga terdekat dikehendaki menandatangani Borang Keizinan Pembedahan (consent).
  6. Pesakit perlu berpuasa 6 jam sebelum pemeriksaan.
  7. Pesakit hendaklah dipakaikan dengan pakaian dewan bedah, dihantar dengan troli dan diiringi oleh Pegawai Perubatan/Jururawat bertugas. Sila bawa bersama fail rekod pesakit dan filem-filem terdahulu (merujuk kepada filem hasil pemeriksaan daripada hospital lain).
  8. Sila bawa bersama ubat (premedikasi) berikut untuk diberikan kepada pesakit sebelum pemeriksaan dijalankan:-
    • Inj. Phenergan 50 mg/2ml – 1 ampul.
    • Inj. Pethidine 50 mg/ml – 1 ampul.
    • Inj. Dormicum 5mg/ml – 1 ampul.
  9. Pastikan juga pesakit mematuhi persediaan tambahan yang diarahkan oleh Doktor Pakar Radiologi.
  10. Pastikan senarai semak di muka surat belakang untuk pemeriksaan menggunakan kontras intravaskular telah diisi oleh Doktor Pakar/Pegawai Perubatan sebelum pesakit mendapatkan temujanji.
  PASTIKAN SEMUA PERSEDIAAN INI DISEMAK OLEH JURURAWAT BERTUGAS SEBELUM PESAKIT DIHANTAR KE BILIK ANGIOGRAFI. JIKA ADA SEBARANG MASALAH, SILA HUBUNGI SAMBUNGAN 6528 UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Bagi pesakit yang mempunyai sejarah alahan berikut:

  1. Sejarah alahan kepada makanan laut (Previous reaction to seafood).
  2. Sejarah alahan kepada media kontras (Previous reaction to contrast media).
  3. Sejarah alahan kepada ubat-ubatan (Previous reaction to other drugs).
  4. Demam alahan debunga atau debu jerami (Hay-fever).
  5. Asma (Asthma).
  6. Penyakit Jantung (Cardiac pathology).
  7. Golongan tua (65 tahun ke atas) / terlalu muda (bawah 6 bulan).
  8. Pesakit tenat.
  9. Pesakit yang kurang hidrasi (dehidrated patient).
  10. dan lain-lain alahan
  Pesakit perlu dipertimbangkan semula keperluan pemeriksaan berkontras ini. Pesakit dalam kumpulan (1) – (5) perlu mendapat pra perawatan dengan mengambil steroid seperti berikut :- Tablet Prednisolone i. 40 mg * 12 jam sebelum pemeriksaan. ii. 40 mg * 2 jam sebelum pemeriksaan. * Dos ini untuk pesakit dewasa. Sila kurangkan dos untuk pesakit kanak-kanak. …………………………………………………………………………………………………………………………………   Unit INTERVENSI boleh dihubungi di talian 03-9145 6528 / 5639. Email: intervensi.ukm@gmail.com