Sesi Pembentangan Cadangan Penyelidikan DR(RAD) I/2026
Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan UKM telah berjaya menganjurkan sesi Pembentangan Cadangan Penyelidikan (Proposal Defense) I/2026 bagi calon-calon Doktor Pakar Radiologi. Sesi ini merupakan platform penting bagi para calon untuk membentangkan hala tuju kajian mereka sebelum memulakan fasa penyelidikan yang lebih mendalam.
Butiran Program:
-
Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
-
Masa: 9.00 Pagi
-
Pengerusi: Dr Aida-Widure Mustapha
-
Penyelaras: Dr Farizwana Ridzwan
Calon-Calon Pembentang:
-
Dr Afaaf Hussain Manik
-
Dr Sarvesh Kumaran Uthayakumaran
-
Dr Jacintha Koe Hui Yon
-
Dr Tan Zhi Yan
-
Dr Chua Szu May

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penyelia dan panel pemeriksa atas bimbingan serta maklum balas yang membina demi kelestarian kecemerlangan akademik jabatan. Syabas dan tahniah kepada semua calon!