Phd & MMedSc Radiologi Pelajar Antarabangsa: Pembentangan Cadangan Penyelidikan 1/2026
Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan UKM telah melaksanakan sesi pembentangan cadangan penyelidikan bagi calon-calon pascasiswazah antarabangsa peringkat PhD dan Master in Medical Science (Radiology) pada 7 & 8 Januari 2026. Sesi yang dijalankan secara atas talian ini melibatkan pelajar-pelajar dari Iraq dan China.
Calon-calon terlibat:
Eskander Ali Azeez Alaza, Li Jiguo dan Mohammed Ali Hussein Algburi
Pemeriksa Luar & Dalaman:
Bagi memastikan kualiti penyelidikan yang tinggi dan berimpak, sesi penilaian ini telah dijayakan dengan kerjasama pakar-pakar dalam bidang dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memberikan perspektif kritikal serta syor penambahbaikan yang bernilai. Pemeriksa dalaman terdiri daripada ahli akademik berpengalaman dari pelbagai fakulti di UKM yang memastikan kelestarian standard penyelidikan universiti.
Pihak Jabatan Radiologi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi sesi ini iaitu Dr Rizuana Iqbal Hussain serta pemudahcara sesi ini iaitu Dr Farizwana Ridzwan serta semua panel pemeriksa atas sumbangan masa dan kepakaran mereka. Kepada semua calon, proses ini adalah satu fasa pembelajaran yang mencabar namun penting dalam mematangkan kualiti kajian dan tesis. Semoga semua pelajar terus cekal dan komited dalam perjalanan akademik di Fakulti Perubatan UKM.

Selamat maju jaya!