PENGENALAN

Hubungan Malaysia Jepun sangat memberangsangkan terutama dalam bidang ekonomi dan teknologi sepanjang hubungan diplomatik antara dua negara yang terjalin selama 66 tahun. Selepas 40 tahun Dasar Pandang ke Timur dilancarkan, pelaksanaannya tetap utuh sehingga kini. Walaupun dasar tersebut diwujudkan untuk menggalakkan faedah dari sudut ekonomi dan teknologi, keadaan dalaman kedua-dua negara telah mencetuskan sedikit demi sedikit perubahan dalam pelaksanaan dasar tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun Tuan Fumio Kishida dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun yang diadakan pada 16 Disember 2023 di Tokyo, Jepun. Pertemuan tersebut sebagai lawatan susulan Perdana Menteri Kishida ke Putrajaya pada 5 November 2023. Ketika pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin negara tersebut untuk menggalakkan lagi kerjasama dalam lima bidang utama;

  1. Kerjasama dalam Keamanan dan Keselamatan
  2. Hubungan Berterusan Pada Setiap Lapis Kemakmuran Ekonomi
  3. Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar
  4. Masyarakat, Budaya dan Hubungan Antara Insan
  5. Kerjasama Serantau dan Global

Pusat Sosiobudaya Jepun Malaysia (SAKURAYA), FSSK, UKM ini ditubuhkan untuk mengembangkan bidang keempat di atas dengan menjadi landasan dan ruang untuk kerjasama dan perkongsian ilmu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

OBJEKTIF PENUBUHAN SAKURAYA

  1. Menyatukan dan menghimpunkan para ilmuwan dari pelbagai bidang Sains Sosial dan kepakaran berkaitan dengan Jepun dan Malaysia
  2. Meneraju teori, pemikiran, serta penyelidikan yang menjana ilmu sains sosial terkehadapan agar dapat dimanfaatkan dalam pendidikan dan masyarakat
  3. Menyebarluaskan pengetahuan akademik untuk memberikan manfaat kepada pelajar dan masyarakat secara keseluruhan serta memainkan peranan penting dalam pembangunan intelektual, sosial, dan ekonomi
  4. Meningkatkan pemahaman dan hubungan antarabangsa dengan berkongsi pengetahuan dan pandangan yang melibatkan pelbagai budaya dan konteks antara dua negara.
  5. Mencapai misi dan visi UKM berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan menggalakan inklusiviti dan kepelbagaian (diversity) dalam penyelidikan.
  6. Meningkatkan keteserlahan Fakulti sebagai pakar dalam bidang sains sosial di Malaysia
  7. Melaksanakan program penyelidikan jangka pendek di Jepun dan Malaysia yang melibatkan Universiti / NGO yang dikenalpasti dan berpotensi.

CARTA ORGANISASI