日本語
BAHASA JEPUN
JAPANESE LANGUAGE
JAPANESE LANGUAGE COURSES in FSSK UKM
Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, FSSK menawarkan lima tahap bahasa Jepun kepada semua pelajar UKM sejak tahun 1974. Kursus bahasa Jepun di ajar oleh Normalis Amzah Sensei dan Aznur Aisyah Sensei. Setiap tahap bernilai 3 jam kredit. Setiap semester 300 – 350 orang pelajar mengambil kursus-kursus bahasa Jepun di sini. Pelajar FSSK diwajibkan mengambil bahasa asing sehingga 3 tahap atau 3 semester. Oleh itu, setiap semester, sekurang-kurangnya tiga tahap bahasa Jepun atau 9 kredit dibuka kepada pelajar. Pelajar bukan FSSK pula boleh mengambil subjek bahasa Jepun sebagai memenuhi syarat kredit CITRA 1. Pelajar yang selesai tahap 3 layak menduduki ujian Japanese Language Proficiency Test (JLPT) N5.
BAHASA JEPUN 1 / JAPANESE 1 (SKVA5213)
Bahasa Jepun merupakan bahasa kebangsaan Jepun iaitu ekonomi ketiga terbesar di dunia. Bahasa ini digunakan oleh lebih kurang 128 juta penutur. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bahasa Jepun untuk menerokai ciri-ciri asas bahasa tersebut. Pelajar akan membina keempat empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar, membaca, bertutur dan menulis. Pelajar akan diperkenalkan kepada kosa kata asas yang digunakan dalam konteks harian dan dilatih untuk berinteraksi. Pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan asas tatabahasa Jepun dan dilatih membina ayat-ayat yang amat mudah. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada budaya dan adat berbahasa masyarakat Jepun yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Kursus ini selari dengan tahap A1 tinggi Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
BAHASA JEPUN 2 / JAPANESE 2 (SKVA5223)
Kursus ini mengukuhkan dan mengembangkan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis melangkaui tahap yang diperolehi dalam kursus SKVA5213 Bahasa Jepun 1. Kursus ini dirangka bagi mereka yang mempunyai pengetahuan terhad dalam bahasa Jepun. Ia memberi pelajar peluang untuk memahami arahan mudah, memberi respons yang sesuai bagi situasi-situasi harian, memperolehi maklumat daripada teks pendek, menulis teks pendek dan mengungkap ayat menggunakan kosa kata terhad dan ungkapan-ungkapan tetap. Pelajar akan memperolehi kefahaman yang lebih luas tentang tatabahasa Jepun serta budaya dan adat berbahasa masyarakat Jepun yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Kursus ini selari dengan tahap A2 rendah Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
BAHASA JEPUN 3 / JAPANESE 3 (SKVA5233)
Kursus ini mengukuhkan dan mengembangkan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis melangkaui tahap yang diperolehi dalam kursus SKVA5223 Bahasa Jepun 2. Ia dirangka bagi mereka yang mempunyai kemahiran asas dalam bahasa Jepun. Kursus ini melatih pelajar mengungkap rangkaian ayat mudah, mengendalikan perbualan mudah berkaitan topik dan aktiviti sehari-hari serta mengarang nota dan mesej yang pendek dan mudah termasuk surat peribadi. Pelajar akan memperolehi kefahaman yang lebih luas tentang tatabahasa Jepun serta budaya dan adat berbahasa masyarakat Jepun yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Kursus ini selari dengan tahap A2 tinggi Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
BAHASA JEPUN 4 / JAPANESE 4 (SKVA5243)
Kursus ini mengukuhkan dan mengembangkan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis melangkaui tahap yang diperolehi dalam kursus SKVA5233 Bahasa Jepun 3. Ia dirangka bagi mereka yang mempunyai kemahiran asas dalam bahasa Jepun dan sedia untuk dilatih di tahap pengguna bebas (independent user). Kursus ini melatih pelajar, ke tahap yang rendah, memahami teks-teks yang sebahagian besarnya mengandungi bahasa yang sering digunakan dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja. Pelajar juga akan dilatih, ke tahap yang rendah, menghasilkan teks-teks mudah yang saling terhubung antara satu sama lain, serta mengambil bahagian dalam perbualan mengenai topik-topik biasa tanpa membuat persediaan terlebih dahulu. Pelajar akan memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang tatabahasa Jepun serta budaya dan adat berbahasa masyarakat Jepun yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Kursus ini selari dengan tahap B1 rendah Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
BAHASA JEPUN 5 / JAPANESE 5 (SKVA5253)
Kursus ini mengukuhkan dan mengembangkan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis melangkaui tahap yang diperolehi dalam kursus SKVA5243 Bahasa Jepun 4. Ia dirangka bagi mereka yang sudah mencapai kemahiran bahasa Jepun tahap pengguna bebas (independent user) B1 rendah Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Kursus ini melatih pelajar, ke tahap yang sederhana, memahami teks-teks yang sebahagian besarnya mengandungi bahasa yang sering digunakan dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja. Pelajar juga akan dilatih, ke tahap yang sederhana, menghasilkan teks-teks mudah yang saling terhubung antara satu sama lain, serta mengambil bahagian dalam perbualan mengenai topik-topik biasa tanpa membuat persediaan terlebih dahulu. Pelajar akan memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang tatabahasa Jepun serta budaya dan adat berbahasa masyarakat Jepun yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Kursus ini selari dengan tahap B1 pertengahan CEFR.