MINORU みのる PERSATUAN BAHASA DAN BUDAYA JEPUN, UKM
Minoru adalah satu-satunya Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Jepun UKM yg telah ditubuhkan pada Oktober 2024. Persatuan ini ditubuhkan oleh Wan Muhammad Noor Haeikal Bin W Mamat (JKEES,FKAB) dan bersama Nurrul Afiqqah Binti Mohd Sahar (FSSK), Syahindah Binti Shaffie (FSSK), dan Wan Nur Qasrina Alya Binti Wan Mohd Fazamiza (FSSK). Minoru adalah dibawah bimbingan daripada Dr Normalis Amzah dan Puan Aznur Aisyah Abdullah.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
- Menyediakan tempat untuk pelajar yang berminat dalam bahasa dan budaya Jepun untuk berkumpul, berkongsi pengetahuan dan menyokong antara satu sama lain. Ini boleh mewujudkan persekitaran yang inklusif dan menjadi wadah untuk pelajar menyerlahkan bakat dan minat terhadap bahasa dan budaya Jepun.
- Mempromosikan pertukaran budaya antara siswa-siswi yang mempunyai minat terhadap budaya dan bahasa Jepun dengan masyarakat Jepun yang berada di Malaysia.
- Membuka peluang untuk pelajar meluaskan rangkaian profesional mereka dan meningkatkan peluang kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Jepun, di dalam dan di luar negara. Ini kerana negara Jepun merupakan antara pelabur utama di Malaysia dan hubungan dengan organisasi dan institusi Jepun menjadi pencetus untuk perkembangan profesional dan kerjaya pelajar di masa depan.
VISI
Mendedahkan pelajar terhadap kepentingan komunikasi silang budaya dalam era globalisasi terutama sekali budaya Jepun.
MISI
Melahirkan pelajar yang dilengkapi kemahiran dan pengetahuan dalam berdepan suasana silang budaya lantas menyerlah dalam era globalisasi tanpa melunturkan jati diri tempatan.
顧問
PENASIHAT
Dr Normalis Binti Amzah
Puan Aznur Aisyah Abdullah
委員会一覧
MAJLIS TERTINGGI
Wan Muhammad Noor Haeikal Bin W Mamat
Yang Dipertua (YDP)
FKAB
Nurrul Afiqqah Binti Mohd Sahar
Naib Yang Dipertua (NYDP)
FSSK
Syahindah Binti Shaffie
Setiausaha
FSSK
Muhammad Danish Chua bin Muhammad Luqman Chua
Naib Setiausaha
FEP
Wan Nur Qasrina Alya Binti Wan Mohd Fazamiza
Bendahari
FSSK
Huang Celine
Naib Bendahari
FST