Analisis Struktur Kishotenketsu Dalam Filem Spirited Away (2001)
Nur Irdina Binti Mohd Sopian
Kishōtenketsu adalah naratif empat bahagian yang biasa digunakan dalam penceritaan Asia Timur terutamanya Jepun, Korea dan Cina. Perbezaan utama antara ini dan struktur tiga Act, biasanya digunakan dalam naratif Barat, adalah konflik. Kajian ini menganalisis struktur Kishōtenketsu filem animasi pemenang Oscar yang terkenal, Studio Ghibli: Spirited Away (2001) diarah oleh Miyao Hayazaki. Selama bertahun-tahun, filem ini telah mendapat pengiktirafan global terutamanya untuk visual yang menakjubkan serta penceritaan unik yang mempunyai unsur-unsur budaya Jepun. Ia telah menjadi tarikan sejagat (universal appeal) kerana bukan sahaja orang Jepun, malah satu dunia terutamanya mereka yang berminat dengan budaya Jepun boleh merasakan emosi, misteri dan keajaibannya. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa struktur lakonan filem sesuai dengan kedua-dua naratif barat (struktur tiga act) dan timur (struktur empat act). Dalam kertas kerja ini, kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan telah dijalankan untuk menganalisis elemen Act 1, Act 2, dan Act 3 dalam filem tersebut. Objektifnya adalah untuk menentukan sama ada filem itu juga boleh memuatkan naratif tiga bahagian bergantung kepada individu dari latar belakang yang berbeza, atau ia memang adalah naratif empat bahagian: Kishōtenketsu.
Kata Kunci: filem, budaya, naratif Barat dan Timur