Pejabat Kor Sispa UKM

Pada 2.2.2012 yang lepas, Kompleks Kesatria UKM telah berjaya dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga merangkap Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Kompleks Kesatria UKM merupakan pejabat dan pusat latihan bagi badan beruniform seperti SISPA, PALAPES, dan juga SUKSIS yang disatukan dibawah bumbung julung kalinya.

Antara pengisian program perasmian adalah tarian perang oleh ketiga-tiga badan beruniform. Peristiwa inilah yang menjadi titik tolak kepada tarian perang SISPA UKM yang hangat menjadi buah mulut khalayak ramai. Berikut adalah peristiwa-peristiwa semasa perasmian kompleks.
Kompleks Kesatria UKM
Barisan PKS bersama Pegawai Bersekutu
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Dato’ Sulaiman bin Hj. Keling, disambut oleh komandan SISPA UKM, Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan bin Ghazali
Pegawai Bersekutu dan Jurulatih
TNC HEPA bersama Dato’ NC, bersama-sama Pegawai-Pegawai PA.
Sarjan Yazid bersedia menerima tinjauan oleh Dato’ Sulaiman. dan Dato’ NC yang diiringi oleh TNC HEPA.
Dato’ Sulaiman dan Dato’ Komandan melawat pejabat SISPA.
Dato’ Komandan berbincang bersama Dato’ Sulaiman.
Ketibaan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan disambut dengan hati terbuka.
Persembahan Tarian Perang oleh PKS
SISPA berdiri bersebelahan PALAPES
Gimik Perasmian: Bom Asap
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, merangkap Canselor UKM melawat booth pameran SISPA.

SISPA berbesar hati dan berterima kasih kerana dapat berdiri seiring badan-badan beruniform yang telah lama ditubuhkan dan semoga ketiga-tiga badan beruniform ini dapat berjasa kepada negara dan juga rakyat. InshaaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *