Pra Hebahan Anugerah Bitara UKM 2024 (Penilaian 2023)

Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang.

Pusat Strategi UKM selaku Sekretariat Anugerah UKM, dengan sukacitanya mempelawa pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghantar pencalonan bagi Anugerah Bitara UKM. Syarat, kriteria dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Pusat Strategi UKM dan poster hebahan seperti di lampiran.

Tarikh BUKA pencalonan adalah pada MAC 2024

Sebarang pertanyaan mengenai pencalonan anugerah ini, YBhg. Prof. Ulung/ Prof./Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia seperti berikut:

  1. Puan Nurul Amalina Hj. Abdul Rahman (Penolong Pendaftar, Strategi-UKM) – Telefon: 03-8921 5234 atau emel: amalinarahman@ukm.edu.my
  2. Encik Barudin Baharin (Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Strategi-UKM) – Telefon: 03-8921 4812 atau emel: barudin@ukm.edu.my

Similar Posts