Anugerah Bitara UKM
LATAR BELAKANG
Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti di mana ianya merupakan satu platform yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti yang berfokuskan kepada akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, penjanaan dan pembangunan modal insan.
SENARAI ANUGERAH
|
BIL |
NAMA ANUGERAH |
KATEGORI |
|---|---|---|
|
1 |
Anugerah Bitara Tokoh UKM |
Akademik |
|
2 |
Anugerah Bitara Utama UKM |
Fakulti |
|
3 |
Anugerah Bitara Sarjana |
Kumpulan: |
|
4 |
Anugerah Bitara Penerbitan Makalah Jurnal |
Sains |
|
5 |
Anugerah Bitara Penerbitan Buku |
Sains Teknologi |
|
6 |
Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk |
|
|
7 |
Anugerah Bitara Kertas Polisi BARU |
|
|
8 |
Anugerah Bitara Pengajaran |
Sains Tulen |
|
9 |
Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan |
|
|
10 |
Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti |
Seni Visual, Seni Bina dan Kraf |
|
11 |
Anugerah Bitara Bahasa Melayu |
Akademia Bahasa Melayu |
|
12 |
Anugerah Bitara Media Massa |
|
|
13 |
Anugerah Bitara Keterlibatan Industri dan Masyarakat |
Keterlibatan Industri – Akademik |
|
14 |
Anugerah Bitara Inovasi Perkhidmatan |
PTj |
|
15 |
Anugerah Bitara Pendanaan |
PTj / Kumpulan |
|
16 |
Anugerah Bitara Pembangunan Prasarana |
PTj / Kumpulan |
|
17 |
Anugerah Bitara Kelestarian |
Fakulti |
SENARAI PENGERUSI & JK ANUGERAH BITARA UKM KE-11 (PENILAIAN 2025)
|
BIL |
ANUGERAH |
AJK |
URUS SETIA |
|---|---|---|---|
|
1 |
Anugerah Bitara Tokoh UKM |
PENGERUSI: |
Puan Anis Farlini Ahmadol |
|
2 |
Anugerah Bitara Utama UKM |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: |
Puan Anis Farlini Ahmadol |
|
3 4 5 6 |
Anugerah Bitara Sarjana Anugerah Bitara Penerbitan Makalah Jurnal Anugerah Bitara Penerbitan Buku Anugerah Bitara Pengkomersilan Produk |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: |
Puan Roslina Rosli |
|
7 |
Anugerah Bitara Kertas Polisi |
Sedang dikemaskini |
|
|
8 |
Anugerah Bitara Pengajaran |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: |
Prof. Madya Dr. Mohamad Nurman Yaman Cik Alya Nabihah Idris |
|
9 |
Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: |
Cik Alya Nabihah Idris |
|
10 11 |
Anugerah Bitara Bahasa Melayu Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: |
Encik Mohd Hashrifa Kassim @ Hashim |
|
12 |
Anugerah Bitara Media Massa |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: |
Puan Melor Suria Minhat |
|
13 |
Anugerah Bitara Keterlibatan Industri dan Masyarakat |
PENGERUSI: KETERLIBATAN MASYARAKAT |
Encik Mohammad Nazeri Osman Cik Aisha Nadira Mohd Redzuan |
|
14 |
Anugerah Bitara Inovasi Perkhidmatan |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sam YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli Mansor Dr. Aida Hanim A. Hamid YBhg. Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong Wakil MBJ: |
Encik Mohd Azmi Kasim |
|
15 |
Anugerah Bitara Pendanaan |
PENGERUSI: AHLI JAWATANKUASA: |
Cik Dayang Nuraini Rosli |
|
16 |
Anugerah Bitara Pembangunan Prasarana |
PENGERUSI: |
Cik Dayang Nuraini Rosli |
|
17 |
Anugerah Bitara Kelestarian |
PENGERUSI: |
Cik Jamilah Mohamed |
SYARAT & KRITERIA
| BIL | ANUGERAH | KATEGORI | KRITERIA | SYARAT | PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Anugerah Bitara Tokoh UKM | Akademik | 1. Kepakaran dalam Bidang (30%) Menerajui bidang kepakaran (pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi) secara holistik dan menghasilkan impak yang signifikan (sumbangan perkhidmatan profesional kepada universiti, masyarakat atau negara) i. Penerbitan ii. Projek penyelidikan iii. Harta intelek & pengkomersialan 2. Pengiktirafan Kepakaran (20%) Anugerah / pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah di peringkat kebangsaan / antarabangsa dalam tempoh 10 tahun terakhir Semua anugerah / pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat termasuk ijazah kehormat 3. Sumber Rujukan dan Pengembangan Ilmu (20%) Penglibatan dalam khidmat nasihat yang diberikan atau aktiviti pengembangan ilmu di peringkat Kebangsaan / Antarabangsa i. Khidmat nasihat dan agensi yang terlibat seperti lantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat / Lembaga Pengarah ii. Pengembangan ilmu / projek iii. Perundingan 4. Kepimpinan (15%) a. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan melalui jawatan yang disandang, pengalaman pentadbiran / kepimpinan dan pelapis yang dilahirkan atau insan cemerlang yang dididik i. Jawatan yang disandang ii. Pelapis yang dilahirkan dalam bidang / ketokohan yang sama atau insan cemerlang yang dididik iii. Pengalaman pentadbiran / kepimpinan 5. Keanggotaan (15%) Penglibatan dan keahlian dalam badan profesional / bukan profesional, jawatankuasa, dan lain-lain serta sumbangan kemasyarakatan | Permohonan terbuka kepada staf aktif (Akademik) yang telah menerima anugerah / pengiktirafan ketokohan di peringkat kebangsaan / antarabangsa dalam tempoh 10 tahun terakhir, dan telah berkhidmat dalam kerjaya akademik sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif di IPT tempatan dan 10 tahun secara lantikan tetap atau kontrak di UKM. Anugerah ini dinilai berdasarkan pencapaian sepanjang perkhidmatan. Calon hanya boleh dianugerahkan sekali seumur hidup. Calon hendaklah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa sama ada dalam atau luar Universiti. Takrifan “bebas” ialah tidak pernah dikenakan tindakan atau tiada kes dalam siasatan. Kaedah pencalonan adalah seperti berikut: a. Pencalonan oleh Jawatankuasa Anugerah Bitara Tokoh UKM; b. Pencalonan oleh PTj; dan c. Pencalonan oleh individu sendiri | Puan Anis Farlini Ahmadol 03-8921 3885 anisahmadol@ukm.edu.my |
| P&P | 1. Profesionalisme (30%) Menerajui bidang perkhidmatan secara holistik dan menghasilkan impak yang signifikan (sumbangan perkhidmatan profesional kepada universiti, masyarakat atau negara) 2. Kepimpinan (25%) Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan melalui jawatan yang disandang, pengalaman pentadbiran, kepimpinan dan penyeliaan 3. Sumber Rujukan dan Pengembangan Ilmu (20%) Penglibatan dalam khidmat nasihat yang diberikan atau sumbangan dalam aktiviti pengembangan ilmu seperti latihan / kursus / sesi perkongsian 4. Keanggotaan (15%) Penglibatan dan keahlian dalam badan profesional / bukan profesional, jawatankuasa, dan lain-lain serta sumbangan kemasyarakatan i. Keanggotaan mengikut peringkat 5. Pengiktirafan Perkhidmatan (10%) Menerima anugerah / pengiktirafan ketokohan daripada pihak yang diiktiraf dan berprestij di peringkat kebangsaan / antarabangsa dan lantikan dalam jawatankuasa atau agensi kerajaan | Permohonan terbuka kepada staf aktif (Pengurusan & Profesional) yang mencapai anugerah tertinggi di peringkat kebangsaan / antarabangsa, dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun secara lantikan tetap atau kontrak di UKM. Anugerah ini dinilai berdasarkan pencapaian sepanjang perkhidmatan. Calon hanya boleh dianugerahkan sekali sahaja dalam tempoh lima tahun, tertakluk kepada jawatankuasa penilaian. Calon hendaklah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa sama ada dalam atau luar universiti. Takrifan “bebas” ialah tidak pernah dikenakan tindakan atau tiada kes dalam siasatan. Kaedah pencalonan adalah seperti berikut: a. Pencalonan oleh Jawatankuasa Anugerah Bitara Tokoh UKM; b. Pencalonan oleh PTj; dan c. Pencalonan oleh individu sendiri | Puan Anis Farlini Ahmadol 03-8921 3885 anisahmadol@ukm.edu.my | ||
| Pelaksana | 1. Profesionalisme (30%) Menerajui bidang perkhidmatan secara holistik dan menghasilkan impak yang signifikan (sumbangan perkhidmatan profesional kepada universiti, masyarakat atau negara) 2. Kepimpinan (25%) Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan melalui jawatan yang disandang, pengalaman pentadbiran, kepimpinan dan penyeliaan 3. Keanggotaan (20%) Penglibatan dan keahlian dalam badan profesional / bukan profesional, jawatankuasa, dan lain-lain serta sumbangan kemasyarakatan i. Keanggotaan mengikut peringkat 4. Sumber Rujukan dan Pengembangan Ilmu (15%) Penglibatan dalam khidmat nasihat yang diberikan atau sumbangan dalam aktiviti pengembangan ilmu seperti latihan / kursus / sesi perkongsian 5. Pengiktirafan Perkhidmatan (10%) Menerima anugerah / pengiktirafan ketokohan daripada pihak yang diiktiraf dan berprestij di peringkat kebangsaan / antarabangsa dan lantikan dalam jawatankuasa atau agensi kerajaan | Permohonan terbuka kepada staf aktif (Pelaksana) yang mencapai anugerah tertinggi di peringkat kebangsaan / antarabangsa, dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun secara lantikan tetap atau kontrak di UKM. Anugerah ini dinilai berdasarkan pencapaian sepanjang perkhidmatan. Calon hanya boleh dianugerahkan sekali sahaja dalam tempoh lima tahun, tertakluk kepada jawatankuasa penilaian. Calon hendaklah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa sama ada dalam atau luar universiti. Takrifan “bebas” ialah tidak pernah dikenakan tindakan atau tiada kes dalam siasatan. Kaedah pencalonan adalah seperti berikut: a. Pencalonan oleh Jawatankuasa Anugerah Bitara Tokoh UKM; b. Pencalonan oleh PTj; dan c. Pencalonan oleh individu sendiri | Puan Anis Farlini Ahmadol 03-8921 3885 anisahmadol@ukm.edu.my | ||
| 2 | Anugerah Bitara Utama UKM | Fakulti | KRITERIA 1. Penyelidikan dan penerbitan berkualiti dan berimpak (30%) 2. Pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran (25%) 3. Jaringan strategik dan pengantarabangsaan (15%) 4. Kelestarian kewangan (penjanaan / penjimatan) (15%) 5. Kebolehpasaran graduan (10%) 6. Organisasi cemerlang (5%) | Pencalonan dibuat oleh urus setia dan tidak dibuka kepada umum. Calon hanya boleh dianugerahkan sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun, tertakluk kepada jawatankuasa penilaian. | Puan Anis Farlini Ahmadol 03-8921 3885 anisahmadol@ukm.edu.my |
| Institut | KRITERIA 1. Penyelidikan dan penerbitan berkualiti dan berimpak (45%) 2. Jaringan strategik dan pengantarabangsaan (20%) 3. Kelestarian kewangan (penjanaan / penjimatan) (15%) 4. Pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran (10%) 5. Kebolehpasaran graduan (5%) 6. Organisasi cemerlang (5%) | Pencalonan dibuat oleh urus setia dan tidak dibuka kepada umum. Calon hanya boleh dianugerahkan sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun, tertakluk kepada jawatankuasa penilaian. | Puan Anis Farlini Ahmadol 03-8921 3885 anisahmadol@ukm.edu.my | ||
| Pusat Perkhidmatan | KRITERIA 1. Organisasi cemerlang (50%) 2. Pemerkasaan warga (20%) 3. Persekitaran kerja (15%) 4. Kelestarian kewangan (penjanaan / penjimatan) (10%) 5. Jaringan strategik berimpak tinggi (5%) | Pencalonan dibuka kepada semua Pusat Perkhidmatan melalui kaedah berikut: a. Pencalonan oleh JK Anugerah Bitara Utama UKM; dan b. Pencalonan oleh PTj sendiri Calon hanya boleh dianugerahkan sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun, tertakluk kepada jawatankuasa penilaian. Pencalonan hendaklah dibuat berdasarkan borang yang disediakan. Maklumat berserta dokumen pembuktian dan sokongan hendaklah dilampirkan bersama-sama borang pencalonan. | Puan Anis Farlini Ahmadol 03-8921 3885 anisahmadol@ukm.edu.my | ||
| 3 | Anugerah Bitara Sarjana | a. Anugerah Bitara Sarjana (Kumpulan) i. Sains & Teknologi ii. Sains Sosial b. Anugerah Bitara Sarjana (Individu) i. Sains & Teknologi ii. Sains Sosial c. Anugerah Bitara Sarjana (Harapan) i. Sains & Teknologi ii. Sains Sosial | KRITERIA UMUM: 1. Projek penyelidikan yang berimpak tinggi 2. Penglibatan pihak berkepentingan 3. Memperolehi dana daripada pihak luar yang berkaitan dengan bidang kajian 4. Mendapat pengiktirafan daripada pihak berkepentingan 5. Menjuarai isu yang bersifat cabaran perdana 6. Perkongsian hasil penyelidikan melalui penerbitan/seminar/forum dan sebagainya 7. Penetapan tempoh bertenang (cooling period) tidak diguna pakai dalam pencalonan penerima Anugerah Bitara Sarjana ini kerana senarai calon yang disenarai pendek diputuskan di Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara di bawah R&D yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi). KRITERIA KHUSUS ANUGERAH BITARA SARJANA (KUMPULAN): 1. Anugerah Bitara Sarjana Kumpulan adalah dinilai melalui Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) yang diuruskan di bawah Pusat IDEA UKM 2. Setiap KPU-UKM berpeluang dipertimbangkan bagi Anugerah Bitara Sarjana (Kumpulan) 3. Pemilihan calon bagi kategori Anugerah Bitara Sarjana (Kumpulan) mengguna pakai borang instrumen HICoE JPT. 4. Penilaian dibuat seperti berikut: i. Kuantiti dan Kualiti Penyelidik (20%) ii. Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan (35%) iii. Kuantiti dan Kualiti Pascasiswazah (10%) iv. Inovasi (20%) v. Perkhidmatan Profesional dan Hadiah (10%) vi. Rangkaian dan Jalinan Kerjasama (2%) vii. Sumber (3%) KRITERIA KHUSUS ANUGERAH BITARA SARJANA (INDIVIDU DAN HARAPAN): 1. Kategori Anugerah Bitara Sarjana (Harapan) hendaklah berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari tahun penilaian 2. Sumber data untuk penilaian bagi Anugerah Bitara Sarjana (Individu) dan Anugerah Bitara Sarjana (Harapan) adalah daripada Sistem eMyRA, Sistem e-Mohon Aktiviti dan e-Khidmat 3. Penilaian dibuat seperti berikut: i. Penyelidikan (50%) ii. Penerbitan (30%) iii. Persidangan (10%) iv. Ketokohan (10%) | Pencalonan dibuat oleh urus setia dan tidak dibuka kepada umum. | Pn. Roslina Rosli 03-8921 5128 r.rosli@ukm.edu.my kpcrim@ukm.edu.my |
| 4 | Anugerah Bitara Penerbitan Makalah Jurnal | 1. Keaslian Makalah dan Impak Kepada Bidang Ilmu 2. Sumbangan kepada Masyarakat dan/atau Negara 3. Impak Kepada Alam Sejagat| 4. Malaysian Science, Technology, Innovation and Economic -1–10 MySTIE (MySTIE) 5. Kolaborasi Penerbitan - Penerbitan Bersama Institusi/Agensi/Industri Tempatan atau Antarabangsa. 6. Ranking Jurnal Mengikut Sukuan Dalam Senarai Top 10% | 1. Mengguna pakai syarat yang sama seperti Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal peringkat Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-16. 2. Hanya makalah yang diterbitkan dalam jurnal yang tersenarai di laman web http://jpt.mohe.gov.my/aan layak dipertimbangkan. Senarai tersebut ditentukan berdasarkan kriteria berikut: i. Bagi Bidang Sains, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Science Edition terkini dibahagikan kepada 178 disiplin dan 5% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan. ii. Bagi Bidang Sains Sosial dan Sastera, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Social Science Edition (SSCI) dan Arts & Humanities Citation Index (AHCI) terkini dibahagikan kepada 83 disiplin dan 10% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan. 3. Hanya pengarang koresponden yang makalahnya mempunyai afiliasi UKM layak dicalonkan. 4. Makalah tersebut mestilah diterbitkan pada tahun penerbitan yang dinilai. 5. Penetapan tempoh bertenang (cooling period) tidak diguna pakai dalam pencalonan penerima Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal ini. 6. Hanya karya penyelidikan asli yang telah diterbitkan sahaja layak dicalonkan. Makalah sorotan (review articles) tidak boleh dicalonkan. | Pn. Roslina Rosli 03-8921 5128 r.rosli@ukm.edu.my kpcrim@ukm.edu.my | |
| 5 | Anugerah Bitara Penerbitan Buku | 1. Buku ini telah memenangi anugerah yang berprestij untuk tahun yang dinilai atau anugerah/hadiahnya diterima pada tahun yang dinilai. 2. Buku ini diterbitkan menurut amalan penerbitan ilmiah yang piawai. 3. Buku ini memperlihatkan impak ilmiah. 4. Buku ini dipersetujui dalam Mesyuarat Sidang Pengarang Universiti. | 1. Buku yang dikemukakan untuk kategori ini hendaklah telah memenangi anugerah/hadiah penerbitan buku yang diberi oleh mana-mana badan berprestij pada peringkat kebangsaan Malaysia atau peringkat kebangsaan di negara lain, atau di peringkat antarabangsa untuk tahun yang dinilai atau anugerah/hadiahnya diterima pada tahun yang dinilai. Anugerah tersebut mestilah telah dilaksanakan oleh penganjurnya secara konsisten selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berturut-turut, termasuk untuk tahun yang dinilai. Anugerah/hadiah yang dipertimbangkan untuk anugerah penerbitan buku adalah: i. Peringkat Kebangsaan • Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)- (Kategori Buku Ilmiah Terbaik) • Hadiah Sastera Perdana Malaysia – (Kategori Kajian Sastera), Hadiah Buku Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) • Anugerah Buku Negara (Kategori Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen) ii. Peringkat Antarabangsa • Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) • ICAS Book Prize (Belanda) • Costa Book Awards (UK; ilmiah kesusasteraan) • Guardian First Book Awards (UK; ilmiah) • Harry J. Benda Awards (USA) • AAS Book Prize (USA) • Royal Society Science Book Prize (UK) • Sharjah International Book Awards (UAE) • Global Ebook Awards (USA) • Islamic Book Fair Award (Indonesia) • Khatulistiwa Literary Award (Indonesia) • USA National Book Awards (USA) • British Book Awards (UK) 2. Buku ini memperlihatkan pertautan idea dari bab ke bab. Ia bukanlah buku suntingan, prosiding, koleksi kertas kerja, himpunan esei, tesis/disertasi (melainkan telah distrukturkan ke bentuk buku), kumpulan syarahan atau laporan penyelidikan/ teknikal/ perundingan. 3. Buku ini hendaklah ditulis oleh tidak lebih daripada tiga (3) orang pengarang. Namun, permohonan hendaklah dikemukakan oleh seorang pengarang sebagai wakil dengan persetujuan pengarang bersama. Sekiranya buku ini menang, semua pengarang (yang memenuhi syarat) akan berkongsi anugerah. 4. Buku ini telah diterbitkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris. 5. Selain buku bercetak, buku elektronik juga boleh dipertimbangkan. Format buku elektronik yang boleh diterima ialah PDF, EPUB atau ePUB3. 6. Buku ini hendaklah diterbitkan oleh penerbit ilmiah yang berwibawa, berprestij dan diiktiraf. 7. Buku ini perlulah memperlihatkan impak ilmiah yang memberi kesan positif kepada komuniti ilmu atau masyarakat pada amnya. 8. Penetapan tempoh bertenang (cooling period) tidak diguna pakai dalam pencalonan penerima Anugerah Penerbitan Buku ini. | Pn. Roslina Rosli 03-8921 5128 kpcrim@ukm.edu.my | |
| 6 | Anugerah Bitara Pengkomersilan Produk | 1. Penerangan dari aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna. 2. Segala urusan pengkomersialan mesti melalui pihak berkuasa IPT. 3. Perlu mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian pengkomersialan di antara universiti dan syarikat/enterprise berdaftar. 4. Pernah menerima anugerah dari dalam dan/atau luar negara. 5. Telah menjana nilai jualan kasar kumulatif sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) dalam dan/atau luar negara dan sebahagian daripada pendapatan pengkomersialan tersebut telah disalurkan kepada IPT serta penyelidik. 6. Produk baru atau produk yang mempunyai nilai tambah berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran. 7. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara. 8. Mampu menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baru. 9. Terdapat usaha ke arah kelestarian perniagaan termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). 10. Penerbitan (akademik/majalah/media massa elektronik) berkaitan produk telah dihasilkan. 11. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan (R&D&C). | Produk yang telah dikomersialkan dan menjana pendapatan (jualan kasar) kepada syarikat/enterpris berdaftar. Untuk layak memohon, nilai jualan kasar kumulatif bagi produk berkenaan mestilah sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu). IPT dan penyelidik mestilah mendapat pulangan hasil daripada pengkomersialan produk berkenaan (royalti, yuran pelesenan, bayaran perundingan). Yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar/pendapatan pengkomersialan. | Pn. Roslina Rosli 03-8921 5128 r.rosli@ukm.edu.my kpcrim@ukm.edu.my | |
| 7 | Anugerah Bitara Kertas Polisi | Sedang dikemaskini | Sedang dikemaskini | Sedang dikemaskini | Pn. Roslina Rosli 03-8921 5128 r.rosli@ukm.edu.my kpcrim@ukm.edu.my |
| 8 | Anugerah Bitara Pengajaran | Akademik | Penilaian bagi Anugerah Bitara Pengajaran adalah berdasarkan kriteria berikut: 1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran yang akan dapat menerapkan konsep Malaysia Madani. 2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian. 3. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4. Penilaian dan testimonial pengajaran/penyeliaan. 5. Penambahbaikan pengajaran/penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional. 6. Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian. | 1. Kakitangan akademik sepenuh masa yang telah disahkan dalam jawatan dan telah mengajar sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun di IPT. 2. Pencalonan boleh dibuat oleh Fakulti/Institut/Pusat dan individu boleh juga mencalonkan diri sendiri untuk anugerah ini. 3. Calon boleh memohon setiap tahun, tetapi seseorang calon hanya boleh menerima Anugerah Bitara Pengajaran ini sekali dalam tempoh 5 tahun. 4. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan portfolio pengajaran dan butir diri (curriculum vitae) terkini dan lengkap. | Prof. Madya Dr. Mohamad Nurman Yaman 03-8921 5969 tpkkp@ukm.edu.my mdnurman@ukm.edu.my Cik Alya Nabihah Idris 03-8921 3600 alya.idris@ukm.edu.my |
| 9 | Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan | KRITERIA ANUGERAH: 1. Pengajaran dan pembelajaran; 2. Penemuan ilmu (penyelidikan dan penerbitan); 3. Penjanaan nilai untuk negara; dan 4. Kepimpinan dan potensi sumbangan kepada masyarakat. | 1. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari pada tahun yang dinilai. 2. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik. 3. Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik. 4. Mempamerkan wawasan dan kepakaran dalam bidang tujahan tujahan yang membawa kepada keterobosan ilmu. 5. Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai). 6. Mempamerkan wawasan dan hala tuju kepimpinan kerjaya akademik yang mampan. 7. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir jaya diri (curriculum vitae) terkini berserta bukti yang sahih dan lengkap untuk menyokong pencapaian. 8. Setiap permohonan hendaklah disertakan resume ringkas yang menonjolkan kekuatan diri calon berdasarkan kriteria anugerah. 9. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga. | Cik Alya Nabihah Idris 03-8921 3600 alya.idris@ukm.edu.my | |
| 10 | Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti | Kriteria boleh dirujuk pada pautan berikut. | SYARAT UMUM ANUGERAH 1. Penyertaan Anugerah Bitara Seni & Kreatif adalah melalui permohonan oleh ahli akademik yang sedang berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun di UKM dan telah berkhidmat secara kumulatif selama lima (5) tahun di universiti tempatan. 2. Sekiranya tiada calon yang layak bagi Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti pada tahun tersebut, maka Anugerah bagi tahun tersebut akan diputuskan sebagai tiada pemenang. 3. Keputusan Jawatankuasa Penjurian Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti adalah muktamad. 4. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, UKM berhak untuk menarik balik anugerah dan menuntut semula sebarang hadiah yang telah diberikan. SYARAT PERMOHONAN 1. Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi terkini yang boleh dimuat turun dari laman web UKM. Hanya satu permohonan bagi setiap calon dipertimbangkan pada tahun yang dinilai. 2. Permohonan yang dikemukakan hendaklah diperaku oleh Dekan/Pengarah atau yang setaraf dengannya atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. 3. Setiap borang permohonan mestilah lengkap diisi beserta maklumat dan latar belakang bukti anugerah / pengiktirafan berprestij yang telah diterima. Anugerah Cemerlang di peringkat universiti atau negeri tidak diambil kira. 4. Setiap calon perlu mengemukakan butir jaya diri (CV) dan portfolio / CD / DVD / media penyimpanan salinan karya / lukisan / lakaran / ilustrasi reka bentuk yang dinilai untuk anugerah ini. 5. Maklumat pencapaian yang diambil kira dalam penilaian adalah bagi tempoh tiga (3) tahun termasuk tahun dinilai dan dua(2) tahun sebelumnya. Anugerah yang dimenangi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa hendaklah menunjukkan secara jelas ianya dimenangi secara individu. Standard anugerah yang diterima (pemberi anugerah) hendaklah jelas. 6. Pengiktirafan mestilah pengiktirafan kepada kecemerlangan calon dan bukan berbentuk penglibatan. 7. Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. | Encik Mohd Hashrifa Kassim @ Hashim 03-8921 5169 mhkh@ukm.edu.my | |
| 11 | Anugerah Bitara Bahasa Melayu | 1. Kategori Akademia Bahasa Melayu: i. Kategori ini tebuka kepada ahli akademik warganegara Malaysia yang berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang tahun yang dinilai. ii. Mempamerkan kecemerlangan dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu menerusi penyelidikan/ penerbitan/ penyeliaan/ khidmat di peringkat universiti/ kebangsaan/ antarabangsa. 2. Kategori Akademia Bahasa Melayu Harapan: i. Kategori ini tebuka kepada ahli akademik warganegara Malaysia yang berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang tahun yang dinilai. ii. Berumur 44 tahun dan ke bawah serta telah berkhidmat tidak lebih 13 tahun secara kumulatif semasa memohon atau dicalonkan. iii. Mempamerkan kecemerlangan dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu menerusi penyelidikan/ penerbitan/ penyeliaan/ khidmat di peringkat universiti/ kebangsaan/ antarabangsa. 3. Kategori Penterjemahan Karya Ilmu: i. Kategori adalah untuk mengiktiraf inisiatif ahli akademik UKM yang menterjemah karya ilmu untuk tujuan rujukan. ii. Terjemahan karya ilmu yang dipertandingkan bagi kategori ini mestilah memaparkan afiliasi UKM secara jelas di mana-mana bahagian penerbitan. iii. Karya ilmu yang dipertandingkan mestilah telah berdaftar dalam sistem e repositori UKM (e-rep) dengan lampiran pembuktian yang lengkap. iv. Karya terjemahan perlu mendapat melampirkan surat kebenaran terjemahan oleh Penerbit buku dalam bahasa asal. v. Buku terjemahan yang diterbitkan dalam tahun dinilai. | SYARAT UMUM 1. Penyertaan Anugerah Bitara Bahasa Melayu UKM adalah melalui permohonan atau pencalonan ahli akademik yang berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang tahun yang dinilai. 2. Sekiranya tiada calon yang layak bagi Anugerah Bitara Bahasa Melayu UKM pada tahun tersebut, maka Anugerah bagi tahun tersebut akan diputuskan sebagai tiada pemenang. 3. Keputusan Jawatankuasa Penjurian Anugerah Bitara Bahasa Melayu UKM adalah muktamad. 4. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, UKM berhak untuk menarik balik anugerah dan menuntut semula sebarang hadiah yang telah diberikan. SYARAT PERMOHONAN 1. Permohonan / pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi terkini yang boleh dimuat turun dari laman web UKM. 2. Permohonan /pencalonan yang dikemukakan hendaklah diperaku oleh Dekan/Pengarah atau yang setaraf denganya atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. 3. Setiap borang permohonan / pencalonan mestilah lengkap diisi beserta bukti yang sah. Permohonan / pencalonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. 4. Maklumat pencapaian yang diambil kira dalam penilaian adalah bagi tempoh tiga (3) tahun termasuk tahun dinilai dan dua(2) tahun sebelumnya. | Encik Mohd Hashrifa Kassim @ Hashim 03-8921 5169 mhkh@ukm.edu.my | |
| 12 | Anugerah Bitara Media Massa | Penilaian ke atas calon dibuat berdasarkan kriteria berikut: i. liputan media massa utama; (60%) a. Kualiti media (media yang signifikan, berkredibiliti tinggi, dan bertaraf aliran perdana atau berkait rapat dengan bidang kepakaran) 20% b. Kekerapan (bilangan liputan yang diberikan oleh media yang tersebut di atas) 20% c. Status hebahan media (berbentuk pemberitaan, fokus khas, rencana, kolum atau rujukan dan lain-lain) 20% ii. Pengiktirafan yang menyumbang kepada peningkatan citra (40%) a. Taraf: penglibatan/ pencapaian/ kegiatan peringkat kebangsaan/antarabangsa (20%) b. Bilangan/Jumlah (10%) • anugerah/pingat/hadiah/sijil • kursi/zamalah • gelaran kehormat/ijazah kehormat • penaungan/jawatan/keanggotaan • dana/endowmen c. Impak kepada Masyarakat (10%) | a) Anugerah ini terbuka kepada warga kerja universiti, sama ada secara individu atau berkumpulan yang telah menjalankan kegiatan yang bermutu tinggi dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan/ atau antarabangsa. b) Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan. Pencalonan boleh dibuat sendiri atau oleh orang lain. c) Pencalonan mestilah disokong oleh bukti yang perlu disertakan bersama borang pencalonan. Dokumen yang dianggap sebagai bukti merangkumi keratan/ salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain. d) Hasil impak analisis perlu dinyatakan. Impak kepada masyarakat (Bukti dokumentari atau impirikal) | Puan Melor Suria Minhat 03-8921 4908 melor81@ukm.edu.my | |
| 13 | Anugerah Bitara Keterlibatan Industri dan Masyarakat | Keterlibatan Industri Penilaian ke atas calon dibuat berdasarkan kriteria berikut: a) Keterlibatan di pelbagai peringkat secara strategik dan berinovasi. (10%) i. Perundingan berkala bersama pihak industri/ masyarakat dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan industri/ masyarakat (5%) ii. Komitmen kewangan daripada pihak industri/ masyarakat dan komitmen bukan kewangan (in kind) daripada pihak industri/ masyarakat (5%) b) Kepimpinan yang membina keupayaan dalam keterlibatan serta mengembangkan jaringan. (20%) i. Projek merupakan perintis dalam bidang yang menonjolkan daya cipta dalam menyelesaikan masalah (10%) ii. Projek diselesaikan dalam tempoh yang dirancang (5%) iii. Penglibatan ahli projek secara menyeluruh (5%) c) Pembudayaan yang tinggi; (10%) i. Peningkatan kesedaran kepada penerima manfaat dan mengadakan latihan untuk pemindahan ilmu/ teknologi (5%) ii. Projek memenuhi keperluan industri/ masyarakat (5%) d) Impak keseluruhan; (35%) dan i. Pihak industri/ masyarakat menerima manfaat projek dalam tempoh yang panjang (5%) ii. Pihak industri/ masyarakat dapat mengembangkan manfaat projek(10%) iii. Projek dijalankan menggunakan kos minima dan impak projek dapat meningkatkan produktiviti industri/ kualiti hidup masyarakat(5%) iv. Projek dapat menjana ekonomi (10%) v. Memberi nilai tambah kepada pihak industri/ masyarakat termasuk aspek capacity building dsb.(5%) e) Penciptaan nilai yang tinggi dan lestari. (25%) i. Projek mempunyai unsur kelestarian dan menyerlahkan citra UKM melalui hubungan yang diwujudkan dengan pihak industri/ masyarakat (5%) ii. Projek berpotensi untuk diadaptasi di tempat lain (10%) iii. Projek mempunyai unsur inovasi (10%) Keterlibatan Masyarakat KRITERIA ANUGERAH Penilaian ke atas calon dibuat berdasarkan kriteria berikut: a) Keterlibatan di pelbagai peringkat secara strategik dan berinovasi. (10%) i. Perundingan berkala bersama pihak industri/ masyarakat dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan industri/ masyarakat (5%) ii. Komitmen kewangan daripada pihak industri/ masyarakat dan komitmen bukan kewangan (in kind) daripada pihak industri/ masyarakat (5%) b) Kepimpinan yang membina keupayaan dalam keterlibatan serta mengembangkan jaringan. (20%) i. Projek merupakan perintis dalam bidang yang menonjolkan daya cipta dalam menyelesaikan masalah (10%) ii. Projek diselesaikan dalam tempoh yang dirancang (5%) iii. Penglibatan ahli projek secara menyeluruh (5%) c) Pembudayaan yang tinggi; (10%) i. Peningkatan kesedaran kepada penerima manfaat dan mengadakan latihan untuk pemindahan ilmu/ teknologi (5%) ii. Projek memenuhi keperluan industri/ masyarakat (5%) d) Impak keseluruhan; (35%) dan i. Pihak industri/ masyarakat menerima manfaat projek dalam tempoh yang panjang (5%) ii. Pihak industri/ masyarakat dapat mengembangkan manfaat projek(10%) iii. Projek dijalankan menggunakan kos minima dan impak projek dapat meningkatkan produktiviti industri/ kualiti hidup masyarakat(5%) iv. Projek dapat menjana ekonomi (10%) v. Memberi nilai tambah kepada pihak industri/ masyarakat termasuk aspek capacity building dsb.(5%) e) Penciptaan nilai yang tinggi dan lestari. (25%) i. Projek mempunyai unsur kelestarian dan menyerlahkan citra UKM melalui hubungan yang diwujudkan dengan pihak industri/ masyarakat (5%) ii. Projek berpotensi untuk diadaptasi di tempat lain (10%) iii. Projek mempunyai unsur inovasi (10%) | Keterlibatan Masyarakat SYARAT PENYERTAAN a) Anugerah ini terbuka kepada warga UKM sama ada Staf Akademik dan Bukan Akademik yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif keterlibatan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan khidmat yang dilaksanakan secara berkumpulan. b) Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan. Pencalonan boleh dibuat sendiri atau oleh orang lain. c) Pencalonan mestilah disokong oleh bukti yang perlu disertakan bersama borang pencalonan. Dokumen yang dianggap sebagai bukti merangkumi keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain. d) Penyertaan harus menonjolkan ciri-ciri kemapanan projek kemasyarakatan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa yang menjurus kepada kesejahteraan masyarakat setempat secara khususnya. e) Pencalonan digalakkan menonjolkan daya kreatif dalam daya cipta untuk membantu menyelesaikan masyarakat setempat dengan kesopanan serta keyakinan dengan mengambil kira konsep kekeluargaan, jiran tetangga dan masyarakat | Encik Mohammad Nazeri Osman 03-8094 2083 nazeriosman@ukm.edu.my Cik Aisha Nadira Mohd Redzuan 03-8094 4274 aishanadira@ukm.edu.my | |
| 14 | Anugerah Bitara Inovasi Perkhidmatan | Individu 1. Akademik; 2. Pelaksana; 3. Pengurusan & Profesional (P&P) | Kriteria 1 - Pengurusan & Pentadbiran - Penghasilan kaedah/ pendekatan baharu dalam urusan kerja. - Penambahbaikan yang mempunyai impak yang tinggi dalam urusan kerja. - Mendapat pengiktirafan luar. - Mengamalkan budaya kerja berpasukan - Menjadi rujukan pihak luar terhadap kecemerlangan perkhidmatan. - Membina jaringan dan kelestarian hubungan antara masyarakat, industri dan institusi dalam bentuk kerjasama jangka masa panjang. Kriteria 2 - Kreativiti & Inovasi - Pencipataan inovasi baharu yang dapat meningkatkan produktiviti hasil kerja dengan kos yang sama atau lebih rendah. - Inovasi boleh diguna pakai oleh PTj atau pihak-pihak lain secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan Kriteria 3 - Pengembangan Ilmu dan Khidmat Nasihat - Penglibatan dalam: i. khidmat nasihat yang diberikan; atau ii. aktiviti pengembangan ilmu. - Perkongsian amalan terbaik. Kriteria 4 - Kepimpinan Melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan insan serta melahirkan Pakar Bidang Khusus (SME) yang sama; | 1. Anugerah ini terbuka kepada mana - mana staf UKM yang telah berkhidmat dengan UKM sekurang - kurangnya lima (5) tahun, secara individu yang telah berkhidmat menjalankan kegiatan yang berinovasi tinggi dan mempamer sifat kepimpinan yang berinovatif pada tarikh tutup pencalonan; 2. Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan. Berikut adalah kaedah pencalonan Anugerah Bitara Prakarsa (Individu) : a. Dicalonkan oleh Ketua PTj / Jabatan; atau b. Dicalonkan oleh rakan sekerja; atau c. Mencalonkan diri sendiri 3. Pencalonan mestilah disokong dan disertakan dengan bukti lengkap bersama borang pencalonan. Dokumen yang dianggap sebagai bukti adalah merangkumi keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak laman sesawang, sijil, surat dan lain - lain yang sesuai; 4. Pencalonan hendaklah dihantar melalui borang Google Form ini sebelum atau pada tarikh yang dimaklumkan dalam hebahan Urus Setia Induk; 5. Pencalonan ini hendaklah mendapat sokongan dan ulasan Ketua Jabatan melalui pengesahan Google Form ini; 6. Calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk membuat bicara tuntas (pitching) kepada panel penilai anugerah; dan 7. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada pencapaian markah minimum yang ditetapkan oleh panel penilai. Sekiranya tiada calon yang mencapai markah minimum ditetapkan, tiada penerima bagi kategori anugerah ini. Keputusan juri adalah muktamad. | Encik Mohd Azmi Kasim 03-8921 5125 azmi9542@ukm.edu.my kbpk@ukm.edu.my |
| Pusat Tanggungjawab | Kriteria 1 - Mengamalkan Inovasi Dalam Penyampaian Perkhidmatan - Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan; - Menepati kehendak pelanggan dan piawaian perkhidmatan (melalui maklum balas kepuasan pelanggan yang dilaksanakan) - Penjimatan kos melalui pengomptimuman penggunaan sumber; dan - Pengkomersialan (jika ada). Kritertia 2 - Melaksanakan dan Menjadi Rujukan Pihak Luar bagi Program Pembangunan Kompetensi dan Bakat Staf yang Berimpak Tinggi di Peringkat PTJ atau Universiti - Penghasilan kaedah baharu atau penambahbaikan dalam pembangunan kompetensi. - Pelapis yang dilahirkan dalam bidang/ketokohan yang sama. - Menjadi rujukan pihak luar terhadap pembangunan kompetensi PTj. Kriteria 3 - Pengembangan Ilmu Kaedah PTj dalam pengembangan ilmu untuk memastikan staf Mempunyai kemahiran yang tinggi; - maklumat peratus pencapaian staf menghadiri kursus pada tahun penilaian: o PTj kecil (bilangan staf di bawah 50 orang) – 100% pencapaian. o PTj sederhana (bilangan staf 51 – 100 orang) – 90% pencapaian. o PTj besar (bilangan staf 101 ke atas) – 85% pencapaian. Kriteria 4 - Menjalan Aktiviti Kerja Berpasukan dan Jaringan Startegik - Membina jaringan strategik dan kerja berpasukan antara PTj/Masyarakat/ Industri. Kriteria 5 - Melestarikan Persekitaran PTj - Inisiatif yang dilaksanakan dalam melestarikan persekitaran PTj | 1. Anugerah ini terbuka kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM yang telah berkhidmat menjalankan kegiatan yang berinovasi tinggi dan melaksanakan atau menjadi rujukan pihak luar dalam program pembangunan kompetensi dan bakat staf yang berimpak tinggi di peringkat PTj atau Universiti 2. Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan. Pencalonan Anugerah Bitara Prakarsa (PTj) haruslah dicalonkan melalui Ketua Jabatan atau pegawai yang dinamakan: 3. Pencalonan mestilah disokong dan disertakan dengan bukti lengkap bersama borang pencalonan. Dokumen yang dianggap sebagai bukti adalah merangkumi keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak laman sesawang, sijil, surat dan lain - lain yang sesuai; 4. Pencalonan hendaklah dihantar melalui borang Google Form ini sebelum atau pada tarikh yang dimaklumkan dalam hebahan Urus Setia Induk; 5. Calon PTj yang disenarai pendek akan dijemput untuk membuat bicara tuntas (pitching) kepada panel penilai anugerah; dan 6. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada pencapaian markah minimum yang ditetapkan oleh panel penilai. Sekiranya tiada calon yang mencapai markah minimum ditetapkan, tiada penerima bagi kategori anugerah ini. Keputusan juri adalah muktamad. | Encik Mohd Azmi Kasim 03-8921 5125 azmi9542@ukm.edu.my | ||
| 15 | Anugerah Bitara Pendanaan | KRITERIA ANUGERAH a. Menjana pendapatan yang tinggi atau/dan meningkatkan penjimatan kos melalui mana-mana aktiviti atau projek penjanaan/ penjimatan kos; b. Menunjukkan tahap inovasi, inisiatif dan komitmen yang tinggi dalam mempromosi, merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek penjanaan/penjimatan kos; dan c. Melaksanakan aktiviti atau projek penjanaan/penjimatan kos mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada di UKM dengan penuh integriti. d. Pencalonan bagi Kategori Individu mestilah hasil penjanaan daripada usaha persendirian calon. | 1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua PTJ/Kumpulan/Individu di UKM yang cemerlang dalam penjanaan daripada hasil perkhidmatan, kepakaran dan aset. 2. Penyertaan hendaklah dibuat berdasarkan format dan templat yang disediakan. 3. Laporan pencapaian kecemerlangan pendanaan PTJ/Kumpulan/Individu, maklumat dan pembuktian hendaklah disertakan bersama sebagai dokumen sokongan. | Cik Dayang Nuraini Rosli 03-8921 4595 dayang.nur@ukm.edu.my | |
| 16 | Anugerah Bitara Pembangunan Prasarana | KRITERIA ANUGERAH 1. Melaksanakan pembangunan/projek infrastruktur secara fizikal untuk kemudahan PTj 2. Penjimatan kos 3. Penjanaan yang dihasilkan 4. Mendapat pengiktirafan (Sijil/Surat Penghargaan/Anugerah dan lain-lain) 5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pentadbiran dan suasana kerja 6. Sumber kewangan luar bagi penyelenggaraan. | 1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua PTJ/Kumpulan di UKM yang cemerlang dalam pembangunan prasarana/menyedia atau menambah baik sistem sokongan yang membantu melicinkan pengurusan dan menghasilkan persekitaran ilmu yang kondusif 2. Penyertaan hendaklah dibuat berdasarkan format dan templat yang disediakan. 3. Laporan pencapaian kecemerlangan pembangunan prasarana PTJ/Kumpulan, maklumat dan pembuktian hendaklah disertakan bersama sebagai dokumen sokongan. 4. Calon dianugerahkan sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun, namun keputusan tertakluk kepada jawatankuasa penilaian; 5. Calon hendaklah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa sama ada dalam atau luar Universiti. Takrifan ‘Bebas’ ialah tidak pernah dikenakan tindakan atau tiada kes dalam siasatan; 6. Tahun penilaian mungkin merangkumi tahun penilaian atau beberapa tahun ke belakang, berdasarkan kategori 7. Semua keputusan adalah muktamad | Cik Dayang Nuraini Rosli 03-8921 4595 dayang.nur@ukm.edu.my | |
| 17 | Anugerah Bitara Kelestarian | KRITERIA: KATEGORI (FAKULTI DAN INSTITUT) 1. Aktiviti kelestarian yang mempunyai elemen kerjasama bersama pihak : (20%) i. universiti (3%); ii. komuniti (4%) iii. kerajaan (5%) iv. industri (8%) 2. Aktiviti kelestarian yang dijalankan memberi impak kepada: (20%) i. pelajar (3%) ii. staf (4%) iii. universiti (5%) iv. komuniti (8%) 3. Aktiviti kelestarian yang dijalankan mempunyai jaringan strategik dengan: (20%) i. UKM (local)(3%) ii. masyarakat setempat/negeri (regional)(4%) iii. kebangsaan (5%) iv. antarabangsa (8%) 4. Inisiatif atau inovasi yang dilakukan oleh fakulti untuk menyokong elemen kelestarian di UKM (15%); 5. Penglibatan warga PTj dalam jawatankuasa berkaitan kelestarian sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa (10%); 6. Aktiviti kelestarian yang dijalankan mendapat liputan yang meluas dan dihebahkan melalui mana-mana laman web rasmi atau media sosial PTj (10%); 7. Struktur organisasi PTj menyokong elemen kelestarian (5%). KRITERIA: KATEGORI (PUSAT PERKHIDMATAN DAN KOLEJ KEDIAMAN) 1. Inisiatif atau inovasi yang dilakukan oleh fakulti untuk menyokong elemen kelestarian di UKM (30%); 2. Aktiviti kelestarian yang dijalankan memberi impak kepada: (25%) i. pelajar (6%) ii. staf (6%) iii. universiti (6%) iv. komuniti (7%) 3. Aktiviti kelestarian yang mempunyai elemen kerjasama dengan : (15%) i. universiti (3%); ii. komuniti (3%) iii. kerajaan (4%) iv. industri (5%) 4. Aktiviti kelestarian yang dijalankan mempunyai jaringan strategik dengan: (10%) i. dalaman UKM (local)(2%) ii. masyarakat setempat/negeri (regional)(2%) iii. kebangsaan (3%) iv. antarabangsa (3%) 5. Aktiviti kelestarian yang dijalankan mendapat liputan yang meluas dan dihebahkan melalui mana-mana laman web rasmi atau media sosial PTj (10%); 6. Penglibatan warga PTj dalam jawatankuasa berkaitan kelestarian sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa (10%) 7. Struktur organisasi PTj menyokong elemen kelestarian (5%); KRITERIA: KATEGORI (PERSATUAN PELAJAR) 1. Aktiviti kelestarian yang mempunyai elemen kerjasama dengan : (25%) i. universiti (6%); ii. komuniti (6%) iii. kerajaan (6%) iv. industri (7%) 2. Aktiviti kelestarian yang dijalankan memberi impak kepada: (25%) i. pelajar (6%) ii. staf (6%) iii. universiti (6%) iv. komuniti (7%) 3. Aktiviti kelestarian yang dijalankan mempunyai jaringan strategik dengan: (20%) i. dalaman UKM (local)(4%) ii. masyarakat setempat/negeri (regional)(5%) iii. kebangsaan (5%) iv. antarabangsa (6%) 4. Aktiviti kelestarian yang dijalankan mendapat liputan yang meluas dan dihebahkan melalui mana-mana laman web rasmi atau media sosial PTj (20%); 5. Penglibatan warga PTj dalam jawatankuasa berkaitan kelestarian sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa (5%) 6. Struktur organisasi PTj menyokong elemen kelestarian (5%); | 1. Permohonan adalah terbuka kepada semua PTJ mengikut lima (5) kategori iaitu: i. Fakulti ii. Institut iii. Pusat Perkhidmatan iv. Kolej Kediaman v. Persatuan Pelajar 2. Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan; 3. Borang pencalonan perlu disahkan penyertaan oleh Dekan / Pengarah / Pengetua Kolej Kediaman; dan untuk Persatuan Pelajar oleh Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM; 4. Pencalonan mestilah disertakan dengan pembuktian dan dokumen sokongan dalam bentuk PDF. Dokumen yang dianggap sebagai bukti merangkumi bahan penerbitan ilmiah dan popular, brosur atau bahan hebahan, laporan, poster, gambar, diagram, lukisan, sijil, surat dan lain-lain bahan yang bersesuaian tertakluk kepada penentuan panel penilai. Pembuktian seperti pautan laman sesawang atau pautan media sosial (akses awam) juga boleh disertakan; 5. Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia Anugerah Bitara Kelestarian sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan; dan 6. Penilaian adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan sebarang keputusan jawatankuasa adalah muktamad. | Cik Jamilah Mohamed 03-8921 5633 jamm@ukm.edu.my |
PERMOHONAN ANUGERAH BITARA UKM KE-11 (PENILAIAN 2025)
Pencalonan akan dibuka pada 1 April – 15 Mei 2026.

|
BIL |
ANUGERAH |
KATEGORI |
NOTA |
|---|---|---|---|
|
1 |
Anugerah Bitara Tokoh UKM |
Pencalonan dibuka. |
|
|
2 |
Anugerah Bitara Utama UKM |
Fakulti |
Pencalonan dibuka untuk kategori Pusat Perkhidmatan. |
|
3 |
Anugerah Bitara Sarjana |
Kumpulan: |
Tiada borang. |
|
4 |
Anugerah Bitara Penerbitan Makalah Jurnal |
Sains |
Tiada borang. |
|
5 |
Anugerah Bitara Penerbitan Buku |
Sains Teknologi |
Tiada borang. |
|
6 |
Anugerah Bitara Pengkomersialan Produk |
Tiada borang. |
|
|
7 |
Anugerah Bitara Kertas Polisi BARU |
Tiada borang. |
|
|
8 |
Anugerah Bitara Pengajaran |
Pencalonan dibuka. |
|
|
9 |
Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan |
Pencalonan dibuka. |
|
|
10 |
Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti |
Seni Visual, Seni Bina dan Kraf |
Pencalonan dibuka. |
|
11 |
Anugerah Bitara Bahasa Melayu |
Akademia Bahasa Melayu |
Pencalonan dibuka. |
|
12 |
Anugerah Bitara Media Massa |
Pencalonan dibuka. |
|
|
13 |
Anugerah Bitara Keterlibatan Industri dan Masyarakat |
Keterlibatan Industri – Akademik
|
Pencalonan dibuka. |
|
14 |
Anugerah Bitara Inovasi Perkhidmatan |
Pencalonan dibuka. |
|
|
15 |
Anugerah Bitara Pendanaan |
Pencalonan dibuka. |
|
|
16 |
Anugerah Bitara Pembangunan Prasarana |
Pencalonan dibuka. |
|
|
17 |
Anugerah Bitara Kelestarian |
Fakulti |
Pencalonan dibuka. |
MAKLUMAT PEMENANG
Anugerah Bitara 2025 (Penilaian 2024)
Anugerah Bitara 2024 (Penilaian 2023)
Anugerah Bitara 2023 (Penilaian 2022)
Anugerah Bitara 2022 (Penilaian 2021)
Anugerah Bitara 2021 (Penilaian 2020)
Anugerah Bitara 2020 (Penilaian 2019)
Anugerah Bitara 2019 (Penilaian 2018)
Anugerah Bitara 2018 (Penilaian 2017)

