Diploma Pascasiswazah (Kerja Sosial)​

MQA/SWA13105​

Duration

1 year (3 semesters)

study mode

Full Time

fees

RM18,000 (Local)

campus

UKM Bangi

Introduction

Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial merupakan program pengajian khusus di peringkat pasca siswazah yang menyediakan latihan dan pengetahuan lanjutan dalam bidang kerja sosial. Program ini direka khusus untuk individu lepasan ijazah sarjana muda yang ingin membina kerjaya dalam seting perkhidmatan sosial atau kebajikan sosial, atau memantapkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada dalam profesion tersebut. Program ini memberi peluang kepada individu yang sedang berkhidmat dalam seting perkhidmatan sosial sama ada di bawah kerajaan atau badan bukan kerajaan untuk memperolehi latihan kemahiran dan kelayakan untuk bekerja dalam seting perkhidmatan sosial.

No.Program Advantages
1.Peluang membina kerjaya dalam seting perkhidmatan dan kebajikan sosial.
2.Program pengajian aras 7.
3.Sesi pengkuliahan selepas waktu bekerja.
4.Menawarkan pengajian secara ‘in-house’ training.
5.Latihan industri di organisasi tempat bekerja.
No. Course Learning Outcome
1. Berpengetahuan dalam bidang kerja sosial serta mempunyai kemahiran dan sikap profesional yang beraspirasi kebangsaan.
2. Kreatif dan kompeten bagi menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan sosial negara.
3. Berdaya saing dan inovatif menggunakan teori dan pendekatan saintifik dalam menyalurkan perkhidmatan sosial

Semester Course Structure
1
    • SKPW5002 Pengantar Kebajikan Dan Kerja Sosial
    • SKPW5012 Teori Dan Praktis Kerja Sosial
    • SKPW5032 Prinsip Dan Etika Kerja Sosial
    • SKPW5022 Kesejagatan Tingkah Laku Manusia Persekitaran Sosial
    • SKPW5042 Praktis Kerja Sosial Individu & Keluarga
    • SKPW5062 Kemahiran Asas Kerja Sosial
2
    • SKPW5052 Pengurusan & Pentadbiran Kerja Sosial
    • SKPW5072 Praktis Kerja Sosial Kumpulan
    • SKPW5082 Praktis Kerja Sosial Komuniti
    • SKPW5092 Kemahiran Penyelidikan Dalam Bidang Kerja Sosial
    • SKPW5102 Kerja Sosial Dan Perundangan
    • Sosial Kerja Sosial Pelbagai Budaya
3 (Semester Pendek)
    • Latihan Industri (2 Bulan)
Bil. Kelayakan Akademik
1 Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau yang setara dengannya daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat ATAU;
2 Kelulusan lain yang setaraf dengan Diploma Lanjutan dan mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan (minimum 5 tahun) ATAU;
3 Kelulusan lain yang setaraf dengan Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM/SPM dan mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan (minimum 10 tahun).
👱 Dr  Nazirah Binti Hassan
🖃
Program Coordinator, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
📧 nazirah@ukm.edu.my
📱
👱Syahir Hazmi Samsudin
Project Manager, Executive & PBJJ Program, UKMShape
🖃
syahirhazmi@ukm.edu.my
📱