Berfikiran Kreatif & Luar Biasa? Buktikan!

Pertandingan Idea “Luar Biasa” diadakan untuk mencabar pemikiran kreatif dan kritis Gen Z menghadirkan idea “luar biasa” dalam menangani (dua) cabaran sektor pengangkutan rel di Malaysia.

Kami, di SUTRA, percaya himpunan idea-idea “luar biasa” cetusan Gen Z mampu merangsang penerokaan penciptaan inovasi dari sudut perspektif berbeza dalam mendepani cabaran semasa di industri rel.

Tunggu apa lagi? Inilah masanya, anda Gen Z, membuktikan keunggulan daya fikir, kreativiti dan penguasaan teknologi dalam mencorakkan peranan dan keterlibatan dalam penyelesaian masalah dunia sebenar.


Hadiah Pertandingan

  • Tempat Pertama: RM800 + barangan penaja + sijil penghargaan
  • Tempat Kedua: RM500 + barangan penaja + sijil penghargaan
  • Tempat Ketiga: RM300 + barangan penaja + sijil penghargaan
  • Saguhati (2): RM150 + barangan penaja + sijil penghargaan

Kategori Penyertaan

Terbuka kepada individu warganegara Malaysia yang berumur:
13 – 17 tahun (Kategori I)
18 – 22 tahun (Kategori II)


Cara Berfikir Hebat Melahirkan Idea Luar Biasa


Kami Mencari 10 Idea Terbaik!

Pertandingan Idea “Luar Biasa” dijalankan secara dua peringkat: Peringkat Saringan dan Peringkat Akhir. Daripada semua penyertaan yang diterima pada Peringkat Saringan, hanya 10 terbaik layak ke Peringkat Akhir. Peserta yang terpilih ini akan membentangkan idea “Luar Biasa” masing-masing di hadapan profesional industri rel. Menarik, bukan? Jangan lepaskan peluang hebat ini. Berusahalah untuk menjadi 10 terbaik dalam kalangan yang terbaik!

Peringkat Saringan: Kongsi Idea Di TikTok

  • Peringkat Saringan adalah terbuka kepada individu warganegara Malaysia yang berumur antara 13-22 tahun. Penyertaan adalah secara individu bagi setiap kategori.
  • Baca dan fahamkan keperluan tugasan pada ruangan “Cabaran Industri” agar IDEA ANDA menepati tema cabaran yang dipilih.
  • Kemukakan IDEA ANDA dalam format video di platform TikTok. Sila guna hashtag #idealuarbiashe pada video yang dihasilkan untuk tujuan hebahan dan jangkauan komuniti.
  • Pastikan video IDEA ANDA di TikTok tidak melebihi 90 saat.
  • Hantarkan maklumat video IDEA ANDA di TikTok menggunakan borang penyertaan di pautan ini: https://forms.office.com/r/4e0G87XbPR. Simpan salinan borang penyertaan sebagai bukti penyertaan.
  • Anda DIBENARKAN untuk menyertai kedua-dua tema cabaran tetapi perlu menghasilkan video idea yang berasingan bagi setiap satu.
  • Pastikan IDEA ANDA memenuhi TIGA kriteria utama berikut:
    • Kesesuaian Tema: Adakah IDEA ANDA mempunyai potensi menangani tema cabaran yang dipilih?
    • Penyampaian Idea: Adakah anda dapat menerangkan IDEA ANDA dengan jelas dan ringkas agar juri memahami IDEA ANDA dengan mudah?
    • Keaslian & Kreativiti: Sejauh mana IDEA ANDA “luar biasa” dan unik? Adakah IDEA ANDA sesuatu yang baru untuk sektor pengangkutan rel?
  • Sekiranya video IDEA ANDA ditarik keluar/dihalang oleh pihak TikTok atas pelanggaran apa-apa syarat kandungan sebelum tarikh tamat Peringkat Saringan, penyertaan anda terbatal secara automatik.
  • Tarikh tutup penyertaan: 03 JANUARI 2026

Peringkat Akhir: Pembentangan Idea

  • Lima (5) penyertaan daripada setiap kategori (bukan berdasarkan tema cabaran) akan ditawarkan untuk menyertai Peringkat Akhir. Pemilihan 10 peserta terbaik adalah berdasarkan penilaian kandungan video di TikTok.
  • Sekiranya terdapat peserta yang MENOLAK tawaran menyertai Peringkat Akhir, slot tersebut akan diberikan kepada peserta daripada senarai menunggu.
  • Peserta Peringkat Akhir akan membentangkan idea “Luar Biasa” secara lisan di hadapan juri di Kuala Lumpur (bukan secara maya).
  • Penilaian juri terhadap pembentangan IDEA ANDA dilakukan berdasarkan kepada EMPAT kriteria berikut:
    • Pengenalan Idea: Adakah anda dapat menerangkan IDEA ANDA dengan jelas agar juri dapat memahami IDEA ANDA dengan mudah?
    • Keaslian & Kreativiti: Sejauh mana IDEA ANDA “luar biasa” dan unik? Adakah ianya sesuatu yang baharu untuk industri pengangkutan rel?
    • Potensi Kebolehlaksanaan: Adakah IDEA ANDA berpotensi dilaksanakan dalam dunia sebenar? Anda perlu berikan perincian tentang bagaimana idea itu akan berfungsi termasuk cabaran yang mungkin dihadapi.
    • Kemahiran Komunikasi: Sejauh mana anda membentangkan idea dengan yakin dan dapat menjawab soalan juri dengan baik?
  • Peserta akan dibekalkan dengan templat sild pembentangan sebagai panduan dan rujukan peserta. Video, gambar, animasi, carta dan apa sahaja kandungan digital yang berkaitan dengan IDEA ANDA dibenarkan untuk digunakan dalam slid pembentangan. Segala KOS penyediaan slid pembentangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  • Bagi memastikan peserta Peringkat Akhir bersedia dengan pembentangan idea, maka, setiap peserta WAJIB menghantar salinan lembut (draf awal) kandungan pembentangan selewat-lewatnya 15 Januari 2026. Penyertaan anda mungkin dibatalkan sekiranya tidak memenuhi keperluan ini.
  • Pemenang pertandingan ini ditentukan sepenuhnya oleh para juri. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Cabaran Industri

Cabaran 1: Meningkatkan Penggunaan Tren Pada Hujung Minggu

Pengguna Tren

Cabaran 2: Mencegah Kecurian Kabel

Kecurian Kabel


Tawaran Menarik Kepada 10 Peserta Akhir

  • Tiket

    2 Tiket Pergi-Balik Tren Dari Stesen KTMB Pilihan Ke KL Sentral.

  • Penginapan

    Penginapan 2 Hari 1 Malam untuk Dua Orang Termasuk Sarapan Pagi.

  • Lawatan

    Dibawa Bersiar-siar ke Beberapa Lokasi Menarik di Sekitar Kuala Lumpur.

  • Sembang Santai

    Berpeluang Beramah Mesra Dengan Profesional Industri Rel dan Akademik UKM.

  • Cenderahati

    Membawa Pulang Pelbagai Barangan Penganjur dan Penaja.

  • Wang Tunai

    Semua Peserta Akan Menerima Hadiah Wang Tunai.

Translate »