Bicara Industri: Sistem Pemantauan Cerun – Transformasi Digital dalam Keselamatan Infrastruktur


Objektif Program

  • Menyediakan platform perkongsian antara akademia, industri dan agensi kerajaan berkaitan isu keselamatan cerun.
  • Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan sistem pemantauan masa nyata sebagai pendekatan digital dalam pengurusan cerun.
  • Merangsang kolaborasi rentas sektor ke arah pembangunan bandar pintar dan infrastruktur selamat.

176 Peserta:

  • 5 institut/fakulti dalam UKM
  • 22 syarikat industri geoteknik
  • 11 universiti tempatan
  • 5 politeknik
  • 1 universiti antarabangsa
  • 14 agensi kerajaan dan teknikal

“Penganjuran program ini membuktikan wujudnya minat mendalam dalam kalangan pelbagai pihak terhadap keselamatan cerun dan inovasi teknologi dalam pengurusan infrastruktur. SUTRA bercadang untuk menganjurkan sesi lanjutan selepas pemasangan sistem pemantauan cerun lengkap di kampus UKM, yang dibangunkan melalui geran ASEAN-IVO yang diketuai oleh penyelidik utama dari UKM sendiri.”

Ir. Dr. Norinah Abd. Rahman (Felo SUTRA & Ketua Projek ASEAN IVO)


Translate »