TUJUAN KAJIAN
Projek ini dijalankan bagi meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit kanser pediatrik di HUKM melalui:
-
Naiktaraf fasiliti makmal
-
Pemindahan teknologi terkini dan latihan lanjutan bagi kakitangan di pusat terbaik
-
Meningkatkan pematuhan kepada rawatan
-
Mengelakkan penggunaan perubatan tradisional melalui program kesedaran
-
Menggunakan analisis big data bagi memahami kanser biologi
-
Mengenalpasti rawatan sasaran
-
Membangunkan protokol rawatan yang lebih baik dan lebih tepat.
KESAN JANGKA MASA
Jangka Panjang :
- 20-30% peningkatan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit kanser dan rujukan kendiri serta makmal berakreditasi.
- Hebahan terhadap kesedaran dan pengetahuan tentang kanser kanak-kanak secara meluas dalam kalangan orang awam termasuk kumpulan B40 dan ibu bapa pesakit kanser, khususnya memberi tumpuan kepada pengurangan pengabaian rawatan kepada kanak-kanak kanser oleh ibu bapa.
Jangka Sederhana:
- 10-20% peningkatan kadar kelangsungan hidup dengan terapi jitu serta penyertaan dalam ujian klinikal.
- Program pendidikan, kesedaran dan jangkauan kanser dengan penglibatan NGO.
- Melatih ahli pasukan kesihatan bersekutu (ahli psikologi dan kaunselor) untuk memberikan sokongan emosi kepada kanak-kanak yang menghidap kanser terutamanya bagi kumpulan B40.
Jangka Pendek :
- Penjanaan ilmu baharu dalam biologi kanser dan pengesanan baki penyakit yang lebih baik.
- Meningkatkan pengetahuan, sikap dan persepsi ibu bapa terhadap kepentingan keputusan rawatan yang termaklum dan pematuhan kepada rawatan.
- Program pendidikan, kesedaran awam dan jangkauan dengan penglibatan NGO setiap suku tahun.