Memorandum Perjanjian (MoA) UKM- Yayasan Petronas

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Yayasan Petronas mengadakan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) bagi meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit kanser pediatrik di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Melalui MoA ini, Yayasan Petronas menyumbangkan RM 6,140,000 bagi menjalankan kajian ’Initiative for Precision Medicine in Paediatric Cancer Therapy (IMPACT): Improving Survival and Minimising Late Effects’. Projek yang diketuai oleh Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal dari Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) ini bakal dilaksanakan melalui naik taraf fasiliti makmal, pemindahan teknologi terkini dan latihan lanjutan bagi kakitangan di pusat yang berfasiliti lengkap dan menyeluruh. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat), Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis.

 

Sumber: https://m.facebook.com/UKMOfficial/posts/?ref=page_internal&mt_nav=0

Foto: https://photos.app.goo.gl/YQgbxY4GqUfnRZJu7

Berita berkaitan:

https://malaysiagazette.com/2022/02/18/yayasan-petronas-sumbang-rm6-14-juta-untuk-kajian-kanser-kanak-kanak/