LAMAN UTAMA

Selamat datang ke e-Mirath

Panduan Pengurusan Harta Pusaka Kecil Orang Islam di Malaysia

                       

MENGAPA PERMOHONAN HARTA PUSAKA PERLU DIBUAT DENGAN SEGERA

  1. Memudahkan proses pembahagian pusaka dibuat.
  2. Mengelakkan kerumitan pembahagian harta pusaka kepada ahli waris akibat kematian berlapis.
  3. Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah semua waris.
  4. Mengelakkan harta si mati beku atau terbiar dan tidak terurus.
  5. Mengelakkan tunggakan cukai tanah akibat kelewatan pembahagian.
  6. Mengelakkan wang simpanan si mati dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi, saham-saham, bon dan sebagainya dipindahkan kepada Kumpulan Wang Tak Dituntut.

 

KEWAJIPAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

1.  Perbelanjaan pengurusan jenazah:

  • Peralatan pengurusan jenazah
  • Upah memandikan jenazah
  • Pengkafanan
  • Kos pengangkutan jenazah
  • Pengebumian

2.  Hutang:

i)   Hutang Allah SWT:

  • Haji dan umrah fardu
  • Zakat
  • Nazar
  • Kaffarah
  • Fidyah
  • Lain-lain

ii)  Hutang Manusia

  • Individu
  • Institusi

3.  Tuntutan harta sepencarian

4.  Wasiat

 

CATATAN PENTING

Sistem e-Hisab hendaklah digunakan bagi tujuan pengiraan pengurusan harta pusaka sebelum pembahagian kepada waris-waris.