E-Mirath » Bayaran Yang Dikenakan (*tertakluk kepada perubahan)

Bayaran Yang Dikenakan (*tertakluk kepada perubahan)

 

1. Bayaran pendaftaran:

  • PERCUMA bagi permohonan baru (Borang A)
  • PERCUMA bagi permohonan berikutnya (Borang P)

2. Bayaran selepas perbicaraan:

Bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada Peraturan 18, Peraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil 1955, secara ringkas adalah seperti berikut:

i) Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta peninggalan si mati:

  • Jika nilaian keseluruhan harta si mati antara RM1.00 hingga RM1,000.00, bayaran yang dikenakan RM10.00.
  • Jika nilaian harta si mati RM1,001.00 hingga RM50,000.00 bayaran yang dikenakan RM30.00.
  • Jika nilaian harta si mati RM50,001.00 dan ke atas bayaran dikenakan sebanyak 0.2% daripada nilaian keseluruhan.

ii) Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan RM5.00 bagi setiap salinan seterusnya.

iii) Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/waris dikehendaki membayar RM30.00 bagi salinan pertama dan RM10.00 bagi salinan kedua dan setiap salinan seterusnya.

iv) Sekiranya ada permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi, bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  • RM50.00 bagi bayaran rayuan.
  • RM1,500.00 bagi bayaran deposit.
  • Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama adalah RM30.00. Bagi salinan kedua dan seterusnya RM10.00.
  • Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama nota perbicaraan adalah sebanyak RM30.00 setiap folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM10.00 bagi salinan kedua/seterusnya setiap 100 perkataan atau sebahagian daripadanya.