E-Mirath » Permohonan di bawah Seksyen 8

Permohonan di bawah Seksyen 8

Permohonan di bawah Seksyen 8 merupakan permohonan awal yang dibuat oleh pemohon bagi memohon pembahagian harta pusaka. Tempoh yang diambil untuk menyelesaikan permohonan ialah selama 5½ bulan bagi kes-kes yang tidak bermasalah. Setiap permohonan awal hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen utama seperti berikut:

  1. Satu (1) Salinan Borang A yang telah lengkap diisi dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Majistret.
  2. Bukti kematian, sama ada:
  • Salinan Sijil Kematian, atau
  • Cabutan Sijil Kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara
  • Permit Menguburkan, atau
  • Surat Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan kematian atau menghadiri perkebumian(bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan zaman sebelumnya), atau
  • Perintah Anggapan Mati daripada Mahkamah Tinggi (bagi keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun dan Tragedi 13 Mei 1969. Bagi perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian).
  1. Salinan kad pengenalan pemohon diwajibkan (salinan muka depan dan belakang).
  2. Salinan kad pengenalan waris (salinan muka depan dan belakang)/ Sijil Kelahiran (bagi waris yang berumur kurang dari 12 tahun).
  3. Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati –jika ada
  4. Salinan sijil Pendaftaran/Pengangkatan Anak Angkat ( Bagi Bukan Islam, jika ada).
  5. Hakmilik/Geran – Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) / carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut (Kemukakan salinan asal CTC / carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat) atau Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
  6. Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada.
  7. Salinan resit cukai pintu (taksiran) tahun semasa  bagi pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah.
  8. Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh simati – jika ada hutang.
  9. Dokumen-dokumen lain  berkaitan dengan harta simati yang dimasukkan sebagai sebahagian dari  tuntutan.