
PAMERAN EKOMAR DI MERSING INTERNATIONAL CONSERVATION DAY 2026
Tahniah dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir memeriahkan Pameran EKOMAR bersempena dengan Mersing International Conservation Day 2026 pada 12 & 13 September



Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Menyedari kepentingan sumber dan teknologi marin di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Fakulti Sains dan Teknologi telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) untuk menjalankan penyelidikan berkaitan ekosistem dan sumber marin. EKOMAR ditubuhkan bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada pengajian dalam sains dan sumber marin, malah untuk menyepadukan kajian dalam bidang pengurusan, sains sosial, undang-undang laut, dan kejuruteraan. Ia juga bertujuan untuk menjadi platform penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran awam tentang kepentingan ekosistem marin serta langkah-langkah kawalan demi pemuliharaan ekosistem tersebut.
EKOMAR mempunyai pandangan dan objektif yang jelas untuk meletakkan penyelidikan berkaitan marin di UKM pada landasan yang betul, selaras dengan pembangunan negara dan status UKM sebagai universiti penyelidikan terkemuka.
Objektif utama penubuhan EKOMAR melibatkan lima bidang penyelidikan utama, iaitu kepelbagaian biologi marin dan pemuliharaan; oseanografi dan penerokaan; bioteknologi marin; ekonomi marin; serta teknologi dan keselamatan maritim. Ia memainkan peranan menyeluruh dalam memenuhi keperluan tempatan dan global merangkumi bidang pemuliharaan, bioteknologi, pendidikan, sosiobudaya, ekonomi, dan kesihatan.
Kini, berikutan penstrukturan semula makmal semula jadi dan fizikal UKM, EKOMAR berada di bawah pengurusan baharu yang dipantau dan diselaraskan secara berpusat oleh Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM), yang bertanggungjawab menyelia dan memperkasakan fungsi semua makmal penyelidikan tersebut.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir memeriahkan Pameran EKOMAR bersempena dengan Mersing International Conservation Day 2026 pada 12 & 13 September

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari (Ketua Makmal EKOMAR) atas jemputan oleh Universitas Airlangga (UNAIR), Kampus Banyuwangi, Indonesia pada 27

Pihak EKOMAR ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Majlis Daerah Mersing (MDMg) dan SWM Environment Sdn Bhd atas keprihatinan menyumbangkan bekalan tong

tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari (Ketua Makmal EKOMAR) dan Dr. Su Nyun Pau (Felo Bersekutu EKOMAR) atas jemputan rasmi daripada

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong dan Hari Sihat EKOMAR 2026 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2026 pada 14 Ogos

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbesar hati menyertai program NetCycle (KitarJaring) 2026, anjuran PETRONAS. yang memberi fokus kepada pengurusan jaring perikanan
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
🌐https://www.ukm.my/ekomar/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959
Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my
Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim
© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin