
PROGRAM EKSPLORASI KELESTARIAN 2026
Program ini merupakan kerjasama di antara Kolej Aminuddin Baki (KAB) UKM, Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Penggerak Belia Selangor – Rasmi (PeBS), dan PEMADAM Negeri



Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Menyedari kepentingan sumber dan teknologi marin di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Fakulti Sains dan Teknologi telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) untuk menjalankan penyelidikan berkaitan ekosistem dan sumber marin. EKOMAR ditubuhkan bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada pengajian dalam sains dan sumber marin, malah untuk menyepadukan kajian dalam bidang pengurusan, sains sosial, undang-undang laut, dan kejuruteraan. Ia juga bertujuan untuk menjadi platform penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran awam tentang kepentingan ekosistem marin serta langkah-langkah kawalan demi pemuliharaan ekosistem tersebut.
EKOMAR mempunyai pandangan dan objektif yang jelas untuk meletakkan penyelidikan berkaitan marin di UKM pada landasan yang betul, selaras dengan pembangunan negara dan status UKM sebagai universiti penyelidikan terkemuka.ย
Objektif utama penubuhan EKOMAR melibatkan lima bidang penyelidikan utama, iaitu kepelbagaian biologi marin dan pemuliharaan; oseanografi dan penerokaan; bioteknologi marin; ekonomi marin; serta teknologi dan keselamatan maritim. Ia memainkan peranan menyeluruh dalam memenuhi keperluan tempatan dan global merangkumi bidang pemuliharaan, bioteknologi, pendidikan, sosiobudaya, ekonomi, dan kesihatan.
Kini, berikutan penstrukturan semula makmal semula jadi dan fizikal UKM, EKOMAR berada di bawah pengurusan baharu yang dipantau dan diselaraskan secara berpusat oleh Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM), yang bertanggungjawab menyelia dan memperkasakan fungsi semua makmal penyelidikan tersebut.

Program ini merupakan kerjasama di antara Kolej Aminuddin Baki (KAB) UKM, Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Penggerak Belia Selangor – Rasmi (PeBS), dan PEMADAM Negeri

Projek ini merupakan kerjasama di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Mersing Tourism Association. Projek ini bertujuan menangani isu konservasi dan kelangsungan hidup komuniti pelancongan di

Pada 29 Januari 2026, Perbincangan mengenai projek “Youth as Ecotourism Ambassadors” diteruskan sebagai kesinambungan inisiatif pembangunan kapasiti belia dalam memperkukuh sektor eko-pelancongan di daerah Mersing

Pada 22 Januari 2026, EKOMAR telah mengadakan lawatan mesra rakan komuniti Tengah Island Conservation (TIC) di Kafe KakakTua, Mersing yang menganjurkan aktiviti kitar tinggi (upcycling)

KUNJUNGAN MESRA DAN PERBINCANGAN KERJASAMA BERSAMA RADIANT TELUK SARI RESORT & CAMPSITE Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad) Tempat: Radiant Teluk Sari Resort & Campsite, Mersing

EKOMAR telah menyertai pameran sempena Hari Keusahawanan anjuran Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar (SKPAT), Endau, yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid serta warga sekolah
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
๐https://www.ukm.my/ekomar/
Tel:ย 03-8911 8515ย | Faks:ย 03-8911 8516
Emel:ย pghalaf@ukm.edu.my
Isnin โ Khamis
Monday โ Thursday
08:00 โ 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat
Friday
08:00 โ 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959
Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my
Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim
© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin