Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN

Pada 21 Jun 1991, satu upacara perletakan Batu AsasBalai Cerap Bintang dan Pusat Kajian Habitat Pergunungan UKM di Bukit Fraser telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Sri Hj.Mohd Khalil b. Yaakob, Menteri Besar Pahang pada masa itu. Idea penubuhan Balai Cerap Bintang ini timbul daripada kesedaran bahawa Malaysia masih ketinggalan dalam pendedahan dan tumpuan dalam bidang Astronomi dan Falak. Manakala Pusat Kajian Habitat merupakan yang terulung ditubuhkan di Semenanjung Malaysia bagi memudahkan para pengkaji dan pelajar menjalankan ekologi tanah tinggi. Usaha-usaha untuk menubuhkan Balai Cerap Bintang dan Pusat Kajian Habitat Pergunungan merupakan perancangan bersama di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser. Walaubagaimanapun pembinaan Balai Cerap Bintang tidak dapat dibina sebaliknya ia digantikan dengan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser.

On June 21, 1991, the foundation stone laying ceremony Star Observatory and Research Center Habitat Mountains SMEs in Bukit Fraser was officiated by YAB Tan Sri Dato ‘Sri Hj Mohd Khalil b. Yaakob, Menteri Besar at the time. The idea of the establishment of the Observatory Star arises from the realization that Malaysia is still lagging behind in the exposure and focus in the field of astronomy and space. While Habitat Research Center is the premier established in Peninsular Malaysia to enable researchers and students to conduct high soil ecology. Efforts to establish the Observatory Star Mountains and Habitat Research Center is a joint planning between Universiti Kebangsaan Malaysia Fraser’s Hill Development Corporation. However, the construction of the Observatory Star can not be built otherwise it is replaced by Fraser’s Hill Research Center.

 

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan dan memberi kemudahan penyelidikan khususnya kepada penyelidik dan pelajar UKM dan juga penyelidik dari universiti lain dari dalam dan luar Malaysia. Keluasan kawasan tapak Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF) ini meliputi tanah seluas 7 ekar disamping kawasan penyelidikan seluas 45 hektar yang boleh diteroka melibatkan hutan dara asli montane yang terletak di negeri Pahang. Hutan penyelidikan ini mempunyai pinggir riparian, aliran lembah dan gunung rabung yang mengandungi pelbagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna.

Fraser’s Hill Research Center was established to meet the needs and provide research facilities to researchers and students in particular SMEs and researchers from other universities within and outside Malaysia. The area of the Fraser’s Hill Research Center (PBF) covers 7 acres of land adjacent to the research area of 45 ha that can be explored to involve indigenous montane virgin forest, located in the state of Pahang. This research has the edge of the forest, riparian, stream valleys and mountain ridges that contains a variety of habitats rich in flora and fauna.

Pada peringkat awal penubuhan tahun 1990-an beberapa kerja-kerja pembinaan telah dijalankan antaranya pembinaan tapak penyelidikan, pembinaan jalan (bertar) naik ke tapak Pusat Penyelidikan dan gabion batu sepanjang 20m untuk mengawal hakisan tanah dibahagian atas. Sebuah bangunan satu tingkat juga telah dibina sebagai pejabat atau makmal dan dua ruang bilik air namun malangnya bekalan elektrik dan air belum dibekalkan. Pada tahun 1997 pembangunannya telah tergendala akibat dari kegawatan ekonomi Negara.

In the early stages of the establishment of the 1990s some construction work was carried out among construction site investigations, construction of roads (paved) up to the Center for Research and gabion stone along 20m to control erosion at the top. A single-storey building was built as an office or laboratory space and two bathrooms but unfortunately the electricity and water supplies have not been supplied. In 1997 construction was interrupted as a result of the economic downturn country.

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser tahun 1997

Pada tahun 1997 hingga 1999, segala aktiviti penyelidikan dan penyelenggaraan kawasan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser telah dibiayai oleh peruntukan IRPA No 08-02-02-0007 bagi projek “Restoration Ecology of Degraded Upland Sites’ yang diketuai oleh Prof. Dr. Noraini Mohd Tamin yang juga Ketua Penyelaras di PPBF ketika itu. Dalam jangkamasa tersebut, kawasan di sekitar bangunan makmal telah dibersihkan, hakisan tanah terkawal dan tali keselamatan telah dipasang pada rintis jalan turun ke anak Sungai Hijau. Disamping itu juga beberapa spesis pokok hiasan telah ditanam termasuk pokok surian batu, palma dan orkid liar. Namun pada November 1999 satu kejadian tanah runtuh yang besar berlaku dan bermula dari situ pihak Universiti telah memulih tapak yang berkenaan dengan wang peruntukan penyelenggaraan kampus seterusnya menjadikan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser menjadi tumpuan penyelidikan yang pesat.

In 1997 to 1999, all research activities and maintenance of Fraser’s Hill Research Center was funded by the provisions of the IRPA No 08-02-02-0007 for the project “Restoration of Degraded Upland Ecology Sites’ led by Prof. Dr. Noraini Mohd Tamin, who is also Chairman of PBF Coordinator at that point. During this period, the area around the laboratory building was cleared, soil erosion control and safety rope was installed in a pilot way down to the Green River. In addition, several species of ornamental trees were planted including surian stone tree, palms and wild orchids. But in November 1999 a large landslide occurred and from there the University has to rehabilitate the site in respect of the implementation of the provisions of the campus next to Fraser’s Hill Research Center became the focus of a rapidly investigation.

   

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser tahun 2007

Pada peringkat awal penubuhan sehingga tahun 2007, pengurusan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser diketuai oleh Prof. Dr. Noraini Mohd. Tamin dan selepas itu PPBF telah diambil alih oleh Ketua Penyelaras yang baru bagi tempoh 2007 sehingga 2013, Prof. Dr. Jumaat Haji Adam.

In the early stages of establishment until the year 2007, the management of Fraser’s Hill Research Center headed by Prof. Dr. Noraini Mohd. Tamin and after the PBF has been taken over by the new Chief Coordinator for the period 2007 to 2013, Prof. Dr. Jumaat Haji Adam.

 

Sejak dari itu, Pusat Penyelidikan Bukit Fraser telah dibangunkan dan dinaiktaraf dengan kemudahan asas bagi penyelidikan dan kerjalapangan pelajar. Kemudahan air juga diperoleh daripada sungai yang berdekatan dengan pembinaan empangan kecil dan air berkenaan dipam ke tangki pengumpulan sebelum digunakan. Banyak kemudahan telah dibangunkan seperti kemudahan dapur, stor, tandas tambahan, astaka, tapak perkhemahan, wakaf, pembinaan denai dan sebagainya bagi keperluan dalam penyelidikan yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser.

Since then, Fraser’s Hill Research Center has developed and upgraded with basic facilities for research and fieldwork students. Facilities also obtained water from a nearby river with the construction of small dams and water may be pumped into the collection tank before use. Many facilities have been developed such as a kitchen, storeroom, extra toilet, pavilions, site huts, trail construction and so for the purposes of the research conducted at the Research Center in Bukit Fraser.

 

Pada 1 Januari 2014, Dr Tukimat Lihan telah dilantik untuk menjadi Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser yang baru. Seterusnya lantikan Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser pada 1 Januari 2017 disandang  Dr Norela Sulaiman.

On January 1, 2014, Dr. Tukimat Lihan was appointed to be the Chairman of the Research Center of the new Fraser. Next appointment Bukit Fraser Head of Research Center on January 1, 2017 went to Dr. Norela Sulaiman.