Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mewujudkan satu pusat penyelidikan di Bukit Fraser yang lebih dikenali sebagai   PUSAT PENYELIDIKAN BUKIT FRASER UKM (PPBF) pada tahun 1990, berikutan penyerahan sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1989 seluas 45 hektar dan mula menerokai penyelidikan di Bukit Fraser yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Hutan tersebut merangkumi pinggiran riparian,lurah, sungai dan permatang.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) has established a research center in Fraser Hill, better known as RESEARCH CENTER BUKIT FRASER SMEs (PBF) in 1990, following the delivery of a piece of land from the Pahang State Government in 1989 with an area of 45 hectares and began to explore the research in Fraser Hill that is environmentally sensitive areas. These include riparian forest edges, valleys, rivers and ridges.

 

Pusat ini Terletak di kedudukan latitud 3°40.6′ U, longitud 101°42.99′ T pada aras ketinggian 1002 m dari paras laut yang merangkumi pelbagai flora dan fauna tanah tinggi yang unik dan menarik. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser ini adalah berhampiran dengan kawasan air terjun Jeriau. Ia dibina di atas pematang pada altitude 950 m berdekatan dengan hutan pergunungan rendah yang merangkumi bukit-bukau setinggi 1200 m. kawasan ini menerima curahan hujan bulanan di antara 20 hingga 410 mm, suhu udara 18 hingga 22°C dan kelembapan udara 85 hingga 95 %.

The center is located at a latitude of 3 ° 40.6 ‘N, longitude 101 ° 42.99’ E at the height of 1002 m above sea level, which includes a variety of flora and fauna of the highlands are unique and interesting. Fraser’s Hill Research Center is near the waterfall Jeriau. It is built on the embankment at an altitude of 950 m near the lower montane forest covering the hills as high as 1200 m. This area receives monthly rainfall of 20 to 410 mm, temperature 18 to 22 ° C and humidity of 85 to 95%.

 

PPBF menjalankan pelbagai aktiviti dalam menjayakan objektif penubuhannya seperti pengajaran, penyelidikan dan juga ekopelancongan. Aktiviti pengajaran pelajar prasiswazah dan pascasiswazah di PPBF adalah meliputi bidang bio-kejuruteraan, hidrologi, botani, ekologi, tanih, flora dan fauna. Persekitaran dan kepelbagaian flora, fauna, biomemetik, teknologi nano dan persekitaran sosial di Bukit Fraser menyediakan tapak untuk bidang-bidang kajian ini.

PBF implement various activities in reaching its objectives such as teaching, research and eco-tourism. Teaching undergraduate and postgraduate students in PBF is engaged in bio-engineering, hydrology, botany, ecology, soil, flora and fauna. Environment and the diversity of flora, fauna, biomemetik, nanotechnology and social environment in Bukit Fraser prepare the site for the fields of study.