MAKLUMAN : GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK BAGI KERJA HENTITUGAS KESELURUHAN 33KV SSU UKM

Dimaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad telah memberi notis untuk menjalankan kerja hentitugas bagi kerja-kerja senggaraan alatsuis 33kv, busbar, cable ends dan senggaraan pencegahan perlindungan.

Oleh itu, terdapat gangguan bekalan elektrik di seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 27 Jun 2015 (Sabtu) jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.