Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 Mesra Pelanggan

Penyataan Kualiti

VISI

Menyempurnakan Keunggulan dan Kecemerlangan Universiti Kebangsaan Malaysia

MISI

Menyediakan Infrastruktur Fizikal dan Persekitaran Kampus Yang Kondusif Untuk kecemerlangan Ilmu

MOTO

“Mesra Pelanggan”

OBJEKTIF JABATAN PEMBANGUNAN PRASARANA UKM

  1. Merancang dan Melaksana program pembangunan fizikal kampus Induk Bangi dan cawangan sejajar dengan perkembangan program Akademik, objektif Universiti dan Negara.
  2. Mengurus dan Menyelenggara bangunan, kemudahan / fasiliti, persekitaran, dan hartabenda Universiti untuk menjadikannya sebagai tempat yang selesa dan kondusif bagi perkembangan akademik.
  3. Menyedia perkhidmatan lanskap, kebersihan kawasan, pelupusan sampah, infrastruktur awam, dan persiapan untuk upacara-upacara rasmi Universiti (persiapan peperiksaan, seminar, bengkel, konvokesyen dan sebagainya) termasuk pembekalan kelengkapan upacara sejajar dengan garispanduan Universiti.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan bekalan dan kemudahan perkhidmatan yang disediakan berkualiti.
  2. Memastikan bayaran diurus dengan segera.
  3. Memastikan maklumat pembaikan menterampilkan kebolehpercayaan.
  4. Memastikan aduan yang sama tidak berulang.
  5. Memastikan projek berjalan mengikut jadual.
  6. Memastikan  kawasan kampus bersih, ceria dan selesa.

DASAR KUALITI

Jabatan Pembangunan Prasarana UKM beriltizam melaksanakan penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya bagi menzahirkan kepuasan pelanggan.

Perlaksanaan Dasar Kualiti JPP UKM  adalah selaras dengan keperluan-keperluan berikut :

  1. Bersesuaian dengan halatuju JPP.
  2. Dihayati dan difahami oleh semua warga JPP.
  3. Dasar kualiti dikaji semula dalam Kajian Semula Pengurusan untuk mencapai kehendak-kehendak pelanggan dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
  4. Dasar Kualiti dikawal dan dikaji semula bagi menjamin kesesuaiannya yang berterusan.

OBJEKTIF KUALITI

Selaras Dengan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM, Jabatan telah menetapkan Objektif Kualiti seperti berikut :

  1. Menyediakan anggaran kos projek dalam tempoh 6 minggu dari lawatan tapak dan perbincangan bersama PTj
  2. Menyediakan Dokumen Kontrak Perolehan Tender daripada tarikh Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani oleh kontraktor dalam tempoh tidak melebihi 4 bulan
  3. 85% projek pembinaan bangunan dan prasarana disiapkan mengikut tempoh kontrak
  4. Melaksanakan tindakan ke atas Sistem Aduan Kerosakan sehingga 85% siap dalam setahun. (80% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan)
  5. Penyediaan Kemudahan dan peralatan majlis disiapkan sebelum majlis diadakan