Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 Mesra Pelanggan

SEJARAH

Ditubuhkan pada 18 Mei 1970 selaras dengan penubuhan UKM dan beroperasi buat kali pertamanya di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai dan kini beroperasi secara tetap di Kampus UKM Bangi.

Sejak penubuhan Jabatan Pembangunan Prasarana UKM, jabatan ini telah diterajui oleh lapan orang pemimpin jabatan yang digelar sebagai Pengarah. Mereka ialah:

  • Abdullah Bakri (1970-1973)
  • Edward Cheah (1974-1976)
  • Soon Cheng Aik (1977-1979)
  • Bahari Ali (1980-1983)
  • Ibrahim Yaakub (1984-1985)
  • Ishak Hj. Arshad (1986-2008)
  • Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Khalim Abdul Rashid (2008-2015)
  • Prof. Madya Ir. Dr. Othman Jaafar (2016-2019)
  • YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman (2019-2021)
  • Zolkefli Mohamed (2021 – kini)

Jabatan Pembangunan Prasarana UKM mempunyai sembilan unit yang beroperasi membantu jabatan dalam kerja-kerja pentadbiran, pembangunan, perkhidmatan, prasarana dan penyelenggaraan kampus. Unit-unit tersebut adalah:

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Awam
  • Unit Arkitek
  • Unit Ukur Bahan
  • Unit Elektrik
  • Unit Landskap
  • Unit Mekanikal
  • Unit Infostruktur
  • Unit Pengurusan Tenaga
  • Unit Prasarana Kampus Kuala Lumpur

Sehingga kini Jabatan Pembangunan Prasarana UKM mempunyai seramai 184 kakitangan yang terdiri daripada kakitangan profesional dan sokongan.