[KTHO JUARAA!]

Hari ini Kolej Tun Hussein Onn telah mencipta sejarah setelah memenangi tempat pertama Program Berimpak UKM 2017 melalui Program Eksplorasi Transformasi Sabah (ETS) anjuran Eksekutif 4K bersama Eksekutif Pembangunan Siswi .

Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Izzat bin Ebrahim yang mengharumkan nama kolej dalam Pertandingan Bicara Tuntas yang telah diadakan di Ruang Legar Aras 6 Pusanika tersebut, sekaligus membawa pulang hadiah utama, RM3000.

ETS mengalahkan 22 pencabar lain di peringkat UKM yang turut sama bertanding dalam bicara tuntas yang menjadi gelanggang program berimpak tinggi untuk mendapat pendanaan tambahan. Kejayaan ini dianggap satu bukti bahawa KTHO semamngnya melahirkan mahasiswa berkarisma dan berwawasan tinggi.

Tahniah sekali lagi!