TAHNIAH TEAM BAKSIS 7.0

Mahasiswa dan masyarakat memang tidak boleh dipisahkan. Program selama 3 hari ini yang berintikan mahasiswa bersama masyarakat seperti menggagau ikan, menziarahi penduduk yang tidak berkemampuan, program motivasi sekolah dan program anak angkat menambah kemeriahan suasana Kampung Peket 60.

Pengetua KTHO, Lt. Kol. Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Bin Mamat turut berkesempatan utk bersama sama dengan peserta Baksis 7.0 sepanjang program ini dijalankan.

Majlis perasmian penutupan pada hari ketiga telah dirasmikan oleh YB Budiman yang juga merupakan alumni UKM. Majlis penutupan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal.

Dengan berjalannya program sebegini, diharap mampu memberikan pendedahan kepada mahasiswa untuk berasimilasi dengan masyarakat setelah bergelar graduan nanti.