Program Khidmat Masyarakat Di Pusat Jagaan Al Fikrah

Satu Program Khidmat Masyarakat akan diadakan di Pusat Jagaan AlFikrah yang menempatkan warga emas lelaki dan wanita terdampar / terlantar/ kurang upaya. Antara pengisian program meliputi saringan/konsultasi kesihatan, gotong royong membersih kawasan dan suaimesra dengan penghuni.

Warga PERMATAPintar  dialu-alukan memberikan sumbangan ikhlas seperti makanan kering / diapers dan lain-lain untuk disampaikan kepada pusat jagaan ini.

Sebarang maklumat lanjut tentang program ini boleh hubungi Cik Suhaizah di talian 03-9145 6310/7889 @ En. Hasanan Musa (h/p: 013 – 2552641).

Tarikh Acara : Mula: 28/03/2015 Tamat: 28/03/2015
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 02:00 Petang
Tempat : Pusat Jagaan Al Fikrah Sg. Sekamat Kajang, Selangor.
Penganjur / Penganjur Bersama : Jabatan Kerja Sosial Perubatan dengan kerjasama HEJIM PPUKM dan KESUKMA UKM

————————–

HEJIM PPpN.