Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2019

30 Januari 2019
Lawatan YBhg Tan Sri Wahid Omar

 

Lawatan YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UKM yang baru  ke pusat ini telah berlangsung antara jam 9,20 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Taklimat dan penerangan tentang program PERMATApintar telah disampaikan oleh Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara UKM. YBhg Tan Sri Abdul Wahid berpeluang melawat makmal robotik dan makmal F1. Beliau juga sempat meluangkan masa untuk bertemu-bual dengan pelajar-pelajar yang merupakan ahli kelab-kelab berkenaan.


 

20 Februari 2019

Lawatan Pelajar-Pelajar SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

 

Lawatan ini adalah sebahagian rogram latihan kepimpinan pelajar SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program ASASIpintar dan peluang belajar dalam program ini. Delegasi lawatan terdiri dari 32 orang pelajar disertai 4 orang guru pembimbing. Taklimat telah disampaikan oleh Dr Azizah, En Salleh Huddin dan para pelajar ASASIpintar.

 


7 & 15 Mac 2019
Lawatan Pelajar-Pelajar Osaka University of Economics & Law (OUEL).

Seramai 30 orang pelajar Osaka University telah melawat Pusat PERMATApintar Negara. Lawatan ini adalah sebahagian program mobiliti pelajar OUEL dan dikelolakan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Aminuddin Baki UKM Sesi 2018-19. Lawatan telah diadakan pada jam 4.00 hingga 5 petang.

.


8 April 2019

Lawatan Pelajar Management & Science University (MSU)

Seramai 104 orang pelajar Management and Science University (MSU) telah melawat pusat ini hari ini. Pelajar-pelajar ini terdiri dari mereka yang mengkhusus dala bidang pendidikan awal kanak-kanak.Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan penerangan berkenaan program PERMATApintar dan fungsi pusat ini dalam pelakanaan program berkenaan. Program yang turut disertai oleh tiga orang pensyarah MSU telah berlangsung antara jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

 

 


16 April 2019

Lawatan Pegawai Pendidikan Arab Saudi.  

Seramai 15 orang pegawai pendidikan Arab Saudi telah mengadakan lawatan ke pusat ini pada hari ini.  Lawatan ini adalah sebahagian program lawatan mereka ke Malaysia untuk program lawatan sambil belajar ke negara ini.

30 April 2019

Lawatan Pelajar Universiti Shiga, Jepun

Tiga orang pelajar program Kejururawatan dari Universiti Shiga, Jepun, terdiri dari Ms Misaki Soga, Ms Rina Sasagi dan Koi Takamatsu, telah melawat pusat ini hari ini sebagai sebahagian program mobilit mereka ke Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan UKM, Kuala Lumpur. Selain melawat PERMATApintar, pelajar-pelajar ini juga telah melawat Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Pusat Perubatan UKM di Cheras.  Lawatan mereka ke pusat ini telah  dikelolakan oleh  Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan UKM, Kuala Lumpur.

 


19 / 20 Jun 2019.

Lawatan Yayasan Al Azhar, Lampung, Indonesia.  

 

Yayasan Al Azhar Lampung mempunya sebuah sekolah menengah di

Lampung dan berminat untuk belajar tentang program PERMATApintar. Rombongan yayasan ini yang terdiri dari 5 orang ahli juga menunjukkan minat untuk mengadakan kolaborasi bersama pusat ini.

 


16 Julai 2019

Lawatan Pelajar-Pelajar Cemerlang dari Kuwait.

Seramai 16 orang pelajar-pelajar cemerlang dari Kuwait telah melawat pusat ini pada hari ini. Lawatan yang ditaja oleh Kuwait Foundation for the Advancement of Sciences, sebuah organisasi bukan kerajaan yang berusaha menggalakkan pengembangan bidang sains dan teknologi di Kuwait. Lembaga pengarah organisasi ini dipengerusikan oleh Yang Mulia (His Royal Highness) Emir Negara Kuwait.

 


15 Julai 2019

Lawatan Yayasan Sarawak 

Satu delegasi dari Yayasan Sarawak melawat pusat ini bermula pada jam 10.30 pagi hari ini. Lawatan ini adalah sebagai sebahagian program pemantauan pelajar di bawah tajaan yayasan berkenaan. Delegasi diketuai oleh Tn Haji Azmi Bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak. Turut hadir ialah EnMuhamad Rahman Sallehin, Ketua Pegawai Yayasan Sarawak, Pejabat Kuala Lumpur.


 

15 Julai 2019

 

Lawatan Pegawai dari Kementerian Pendidikan UAE

Satu delegasi dari Kementerian Pendidikan United Arab Emirates (UAE) telah melawat pusat ini hari ini. Delegasi ini terdiri dari tiga orang pegawai wanita, dan lawatan bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program pendidikan gifted & talented di pusat ini.

 


11 September 2019.

Lawatan Pelajar Universiti Osaka

Lawatan para pelajar dari Universiti Osaka telah diadakan pada jam 5.00 petang hari ini. Seramai 30 orang pelajar dari universiti berkenaan yang terlibat dalam program mobilisasi pelajar OUEL melawat pusat ini sebagai sebahagian pengisian program mobilisasi ang berlangsung dari 9 September hingga 15 September 2019. Lawatan ini telah dikelolakan oleh Majlis Pelajar, Kolej Kediaman Aminuddin Baki UKM.

 


 

 

Disediakan oleh
Ketua, Hal Ehwal Jaringan Industri & Komuniti
Pusat PERMATApintar Negara

 

Juga Berkaitan:

  1. Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM)
  2. HEJIM: Masyarakat
  3. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2018
  4. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2017
  5. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2016
  6. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2015