Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM)

Menyedari keperluan mekanisma pentadbiran yang khusus untuk membangunkan kerjasama strategik akademia-industri-masyarakat, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan satu portfolio pengurusan kanan dalam tahun 2007. Portfolio ini dikenali sebagai Timbalan Naib Canselor Hubungan Industri dan Komuniti dan kemudiannya dikenali sebagai Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM).

HEJIM menyediakan peluang-peluang untuk usaha membangunkan kerjasama dan usahasama strategik melibatkan universiti-industri dan masyarakat, yang boleh menyokong dan menambahbaik fungsi utama universiti — penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan. Pada bulan Oktober 2009,  UKM telah mewujudkan jawatan Ketua HEJIM di setiap fakulti dan Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Antara tugas utama seorang ketua HEJIM adalah untuk menyelaras latihan industri, penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), kerjasama dengan agensi kerajaan, dan progam untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti. Selain itu, ketua HEJIM juga bertanggungjawab untuk mengurus Sistem Maklumat Usahasama Industri dan Masyarakat   (e-Khidmat).

HEJIM di Pusat GENIUS@Pintar Negara, sebagai sebahagian HEJIM UKM, sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama strategik dari mana-mana wakil industri, masyarakat, agensi kerajaan dan juga NGO. HEJIM di Pusat GENIUS@Pintar Negara juga sentiasa mengalu-alukan sebarang penajaan korporat untuk program-program tertentu di Pusat GENIUS@Pintar Negara, selain pelbagai peluang untuk kerjasama antara badan-badan korporat dan Pusat GENIUS@Pintar Negara.

Kakitangan Pusat GENIUS@Pintar Negara yang berminat untuk terlibat dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan atau aktiviti yang memerlukan penglibatan masyarakat perlu mengisi borang e-Khidmat untuk rekod, dan kelulusan HEJIM.

Aktiviti-aktiviti Jaringan

2023

2022

2021

2020

2019

2022

2020