THE ASASI GAMES 2018: KEJOHANAN SUKAN ASASI UNIVERSITI AWAM


Program ASASIpintar UKM dengan kerjasama Pusat Asasi UiTM Dengkil buat julung kalinya akan menganjurkan Kejohanan Sukan Asasi Universiti Awam  (TAG18) pada 27 Januari sehingga 28 Januari 2018 bertempat di Pusat PERMATApintar Negara, UKM dan Universiti Teknologi Mara, Dengkil.

Kejohanan sukan ini dianjurkan bertujuan menyediakan jaringan hubungan antara program-program ASASI universiti awam Malaysia serta menggalakkan pelajar membabitkan diri dalam aktiviti sukan, membentuk graduan yang sihat dari segi mental dan cergas fizikal serta mahasiswa yang berdaya saing, tahan lasak dan kreatif. Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah Ragbi, Bola Sepak, futsal, dota 2 dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun maklumat seperti di bawah:

Fast Facts: Fast Facts

Tentatif Program: Tentatif Program

Borang Pengesahan Penyertaan: Borang Penyertaan

Lampiran Yuran Penyertaan: Senarai Lampiran Yuran

Jangan ketinggalan!