Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek B (Projek 3): Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)

 

Prof. Madya Abdul Hadi Harman Shah (wakil Ketua: En. Anis Yusal Yusoff)

Prof. Madya Abdul Hadi Harman Shah (wakil Ketua: En. Anis Yusal Yusoff)

 

 

Sub-Projek B : En. Anis Yusal Yusoff (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)

Sub-projek ini merupakan lanjutan daripada projek KITA-MESRA dan kini telah menyusun pola kepelbagaian etnik ruang utiliti dan harian kawasan kediaman dan kawasan awam di Seremban. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur, pengamatan, fokus temubual berkumpulan serta soal selidik kajian. Selain itu, ruang identiti mono dan multi etnik telah dikenalpasti melalui proses pengamatan manakala simbol-sibol etnik yang pelbagai juga telah diteliti juga melalui kaedah pengamatan. Hasil penyelidikan berbentuk abstrak dan kertas kerja telah terhasil setakat ini.

Ruang multi-etnik sebagai ruang sosial

Sekiranya ruang multi etnik itu dilihat sebagai ruang sosial, beberapa persoalan produksi dan re-produksi ruang sosial itu perlu diteliti. Lefebvre menghujahkan bahawa ruang sosial itu bukan sesuatu benda tetapi apa yang terhasil dari pelbagai hubungan sosial, yang juga menghasilkan hubungan sosial. Hubungan antara etnik yang merupakan sebahagian dari hubungan sosial yang lebih menyeluruh ini juga membentuk ruang dan terhasil dari ruang yang ada. Ruang multi etnik sukar diteliti kerana sifat hubungkait bukan sahaja terkesan ciri etnik (disamakan dengan spesis dalam konteks ini), tetapi juga latar individu (yang mana dalam kes biodiversiti sifat individu dalam sesuatu spesis tidak begitu berbeza). Dari sudut materialis, apa yang kelihatan berkait kesepaduan antara etnik menunjukkan potensi hubungan antara etnik dan katalis kepada memahami penggerak hubungan yang lebih baik.  Kajian ini menumpukan perhatian kepada pola ruang hubungan etnik dari sudut dayahuni tempat dan komuniti lestari.

 

Pengkategorian ruang multi-etnik

Ruang yang menempatkan pelbagai etnik terhasil dapat dikategorikan kepada empat;

 

1. Ruang utiliti multi etnik menempatkan keperluan harian setiap etnik. Ini lebih bersifat ruang gunasama yang seharusnya tidak mendikriminasi mana mana kumpulan etnik.
2. Ruang hak multi etnik merupakan ruang yang dilihat sebagai kepunyaan bersama setiap etnik.  Contoh paling jelas mungkinnya Dataran Merdeka, Dewan Parlimen atau Tugu Negara.  Ruang sebegini melampaui ruang utilitarian yang mungkin merupakan sebahagian dari fungsi ruang tersebut.
3.Ruang identiti multi etnik cuba menggarap sebuah identiti untuk semua etnik.  Ini lazimnya akan sama ada meleburkan pelbagai identiti kepada suatu collage ala pasca moden atau menggunakan identiti asing untuk menggantikan identiti khusus mana mana etnik.
4.Ruang maruah multi etnik lebih sukar untuk divisualisasi namun ia merupakan ruang yang sanggup dipertahan setiap etnik.  Contoh yang paling ketara ialah ruang negara dan sempadannya.

Ruang pelbagai etnik juga terikat kepada skala dan konteks.  Di peringkat global atau antarabangsa, mana mana ruang di peringkat lokal berkemungkinan mengikat pelbagai etnik tadi (contohnya Kepulauan Spratley atau Batu Putih) dan dalam konteks tertentu dipertahan walaupun secara hariannya mungkin tidak dihiraukan sekiranya berada di negara itu sendiri (mungkin ramai yang tidak tahu pun di mana letaknya kedua dua ruang tersebut).  Ruang sekuriti dan ruang wibawa sesebuah negara merupakan antara ruang sebegini. Yang menyukarkan analisis khusus hubungan antara etnik ialah betapa hubungan sesama individu itu sendiri, tanpa mengira peranan etnik itu sendiri, semakin berkurangan. Walau pun dikatakan dengan adanya media sosial hubungan semakin meningkat, apa yang bertambah hanya pemerhati pasif yang bersifat seakan akan seorang voyeur dalam melihat perlakuan orang lain.

 

 

Usahasama di antara Sub-projek B (Projek 3): Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)  dengan pihak ASTRO AWANI

KITA MESRA AWANI project

 

Sub-project B: Projek 3 PADU, Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™ telah mengadakan perjanjian usahasama dengan ASTRO AWANI. Satu mesyuarat telah diadakan pada 15 Mac 2013 jam 10.00 pagi untuk membincangkan kajian lanjutan projek KITA-MESRA™ dan penggunaan data kajian dalam rancangan bual-bicara ASTRO AWANI. Koordinator PADU yang juga Ketua Sub-projek KITA-MESRA, Tn. Hj. Anis Yusal Yusoff telah bertemu Sdr. Kamarul Bahrain Haron, Tn. Haji Nazri Kahar, Puan Adilah Arshad dan Sdr. Noor Azam Shairi daripada ASTRO AWANI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply