Program Pengajian Asas Kejuruteraan

 Just another WordPress site

Hari Matematik FKAB

Hari Matematik FKAB 2017

Program Pengajian Asas Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina akan mengadakan Hari Poster Matematik pertama kali pada 4 Mei 2017. Tema Hari Matematik FKAB 2017 ialah “Memikir Semula Matematik dalam Pembelajaran Kejuruteraan”. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar dalam subjek kejuruteraan dan matematik dan meningkatkan kesedaran tentang aplikasi ilmu matematik dalam kursus kejuruteraan. Terdapat tiga aktiviti menarik yang akan diadakan sempena Hari Matematik FKAB 2017: Pertandingan Poster, syarahan akademik dan pameran projek.

Hari Matematik FKAB 2017

Pertandingan Poster dibuka kepada semua pelajar kejuruteraan tahun akhir, di mana peserta dikehendaki menyampaikan hasil karya projek tahun akhir yang menunjukkan aplikasi ilmu matematik. Pelajar tahun lain dijemput untuk melawat ke tapak poster dan mempelajari bagaimana ilmu matematik dapat digunakan dalam penyelesaian masalah kejuruteraan.

Bagi syarahan akademik, Prof. Dr. Roslinda Mohd Nazir telah dijemput untuk menyampaikan satu syarahan yang bertajuk “Aplikasi Matematik dalam Bidang Kejuruteraan”. Pelajar dijemput menyertai syarahan ini untuk mengetahui bagaimanakah jurutera boleh menggunakan matematik untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi dalam bidang kejuruteraan masing-masing.

Sempena Hari Poster ini, hasil karya pelajar tahun satu akan dipamerkan juga. Hasil karya projek ini adalah hasil kerja pelajar Kalkulus Vektor, di mana mereka telah membina pelbagai 3D objek berdasarkan ilmu yang telah dipelajari dalam kuliah.

Hari Matematik FKAB 2018

Hari Matematik telah diadakan kali kedua bagi memupuk minat pelajar dalam kejuruteraan dan menghargai kursus matematik dan kejuruteraan. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan menerapkan dan meningkatkan ilmu matematik dan kejuruteraan pelajar. Terdapat sebanyak 14 penyertaan bagi pertandingan poster yang mana peserta terdiri dari pelajar tahun akhir seramai 8 orang dan pelajar tahun dua sebanyak 6 kumpulan. Syarat pertandingan adalah seperti di dalam poster yang dilampirkan iaitu pelajar (Peserta) perlu menumpukan elemen penting dalam matematik/ statistik di bahagian Metodologi kajian masing-masing. Peserta membentangkan analisis FYP yang menggunakan matematik/statistik dalam kajian manakala pelajar tahun dua membentangkan aplikasi penggunaan Analisis Kompleks dalam bidang kejuruteraan.

Kami juga telah menjemput Prof Madya Dr Azmin Sham Rambely, pensyarah daripada FST, UKM sebagai penceramah jemputan yang mempunyai bidang kajian biomekanik dan banyak menggunakan aplikasi matematik dalam penyelidikan dan penghasilan produk. Aktiviti ini telah melibatkan pelajar untuk sama-sama mengikuti syarahan akademik tersebut supaya pelajar akan menyedari penggunaan elemen matematik di dalam analisis dan aplikasinya pada kegunaan seharian.

Translate »