Program Pengajian Asas Kejuruteraan

 Just another WordPress site

Klinik Matematik

Sebagai satu usaha untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam Matematik Kejuruteraan, Program Pengajian Asas Kejuruteraan telah memulakan satu sesi bimbingan percuma, atau dikenali sebagai Klinik Matematik, yang akan diadakan setiap minggu dan terbuka kepada semua pelajar.

Objektif Klinik Matematik adalah seperti berikut:

(a) Membantu pelajar untuk menghayati kursus matematik serta kursus kejuruteraan dengan lebih jitu, mampan dan berkesan dalam memajukan diri dalam kursus-kursus kejuruteraan.

(b) Membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk meningkatkan tahap penghayatan dan pengertian matematik mereka sehingga mampu mengaplikasi pengetahuan matematik ke dalam kursus-kursus kejuruteraan.

Klinik matematik adalah salah satu usaha dalam memenuhi matlamat ‘Zero Failure’ di FKAB dan berkonsepkan terbuka (walk in). Pembimbing adalah terdiri daripada pensyarah kursus yang berkaitan yang bertugas secara bergilir dan dibantu oleh rakan pembimbing. Rakan pembimbing adalah terdiri daripada pelajar senior yang cemerlang dalam kursus tersebut yang diambil untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan.

Maklumat Klinik Matematik adalah seperti berikut:

Tarikh: setiap minggu bermula minggu ke-4 sehingga minggu ke-14, setiap hari Selasa dan Khamis

Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti dan Bilik Seminar 1 (Bangungan Akademik), FKAB

Gambar yang diambil semasa klinik matematik dijalankan.

Translate »