MEKANISME PEMBENTUKAN (sambungan)
Pengumpulan Tenaga Seismik
Semakin plat yang tersubduk berterusan menuruni kedalam mantel, plat yang berada di atasnya berubah bentuk secara perlahan akibat pergerakan tersebut (Rajah 2). Tenaga geseran yang terbentuk hampir sama dengan tenaga yang tersimpan semasa memampatkan spring. Tenaga boleh terkumpul dalam plat yang tersubduk untuk jangkamasa yang lama iaitu puluh tahun malah ratus tahun.
Gempa Bumi Menyebabkan Tsunami
Tenaga akan berkumpul dalam plat yang tersubduk sehingga melebihi daya geseran antara kedua plat yang tersekat. Apabila ini berlaku, plat yang tersubduk akan secara tiba-tiba membebaskan tenaga yang terkumpul untuk kembali kepada keadaaan 'rehat' (tiada daya tahanan). Pergerakan secara tiba-tiba ini menyebabkan tsunami- kerana ia memberikan daya tolakan yang kuat kepada lapisan air diatas kerak lautan semasa pembebasan tenaga. Pada masa yang sama kawasan daratan pada plat diatas akan terturun secara tiba-tiba. (Rajah 3)