Austria Tuan Rumah Persidangan WALS 2023

Oleh Nur Aisyah Mohamed Rizal
Foto oleh Shahiddan Saidi

BANGI, 23 September 2022 – Negara Austria telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi Persidangan Antarabangsa Kajian Pembelajaran 2023.

Pengumuman itu telah dibuat semasa majlis penutup WALS 2022 yang diadakan hari ini.

Semasa majlis penutup itu, Pengerusi WALS 2022, Prof. Ts. Dr. Mohamad Sattar Rasul mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat yang telah menjayakan persidangan antarabangsa tersebut.

“Saya mewakili pihak UKM, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengurus persidangan WALS kerana memberi kepercayaan kepada Malaysia khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Kajian Pembelajaran 2022 ke-15.

“Tahniah kepada semua pembentang kerana berkongsi amalan dan penyelidikan anda,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penutup WALS2022, di sini.

Dalam ucapan itu, beliau turut menzahirkan pengharapan agar persidangan tersebut menjadi satu platform untuk semua peserta meluaskan rangakaian meraka di masa hadapan. Persidangan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 20 September 2022 dengan penglibatan seramai 756 peserta dari 31 buah negara itu merupakan anjuran bersama antara Fakulti Pendidikan, UKM dengan Kerjasama World Association Lesson Studies.

Leave a Reply